Monday, July 26, 2010

salam seribu kemaafan dihulur...




Bismillahhirrohmanirrohim... Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Assalamu'alaikum w.b.t... Pertama sekali, marilah kita bersama-sama merafa'kan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah hidayah dan inayahNya kita masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di atas muka bumiNya ini... Sekali gus, menghirup nikmat udaraNya yang bersih lagi segar untuk diteruskan lagi perjalanan kita di atas muka bumiNya ini... Tetapi adakah pernah kita menggunakan nikmat-nikmat kurniaanNya ini dengan betul? Biasalah, apabila sesuatu barang diberikan secara percuma, mana mungkin seseorang itu akan menghargai dan menjaga barang itu dengan membalas jasa si pemberi dengan cara yang betul... Sebenarnya, tanpa kita sedari... Kita sebagai hambaNya boleh meluahkan rasa syukur itu dengan sekecil-kecil perkara...

Sebagai contoh, ana ingin bertanya kepada sahabat-sahabat sekalian... Apakah nikmat terdekat yang ada pada diri kita? Sudah tentulah jawapannya, nikmat pancaindera yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita... Secara asasnya, kita sedia maklum bahawa setiap manusia yang sempurna dikurniakan lima jenis pancaindera...

Pertama, kita dikurniakan mata untuk melihat... Melihat apa? Semestinya digunakan untuk melihat dan merenung kejadian ciptaan Tuhan... Maka, sebutlah... SUBHANALLAH... MAHA SUCI ALLAH yang telah menciptakan sesuatu makhluk ini indah pada bentuknya dan cantik pada zatnya...

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya."
Surah atTin;4

Kedua, kita juga dikurniakan telinga untuk mendengar... Mendengar apa, wahai sahabat-sahabatku? Sudah tentu, mendengar perkara-perkara yang mengajak ke arah kebaikan... Sebagai contoh, acapkali usai menunaikan solat-solat fardhu terutamanya Subuh, Maghrib dan Isya', slot tazkirah atau ceramah akan mengisi ruang-ruang kosong yang ada untuk manfa'at bersama. Bertitik tolak dari sini, kita akan menimba banyak ilmu yang kadang-kadang di luar pengetahuan kita sebagai manusia... Maka, ucapkanlah ALLAHHU AKBAR... ALLAH MAHA BESAR di atas ilmuNya yang sangat luas sehingga tidak tercapai minda kita...

Seterusnya, apa lagi nikmat pancaindera titipan sementara dari ALLAH buat kita? Hidung digunakan untuk menghidu... Bayangkan sekiranya kita tidak mempunyai dua lubang atau rongga hidung pada hidung kita, adakah kita akan dapat menjalani kehidupan seharian kita dengan sempurna? Tika itu, mampu lagikah kita menghirup udaraNya yang segar-bugar? Maka, ucaplah LAILAHAILLAH... TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH yang telah menciptakan setiap benda di tubuh badan kita mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri... InshALLAH, biizillah dirimu boleh melewati haruman taman-taman syurga yang diciptakan khusus buat mereka yang benar-benar yakin padaNya...




Jadi, dari sini kita dapat lihat bahawa bukan susah sebenarnya untuk beribadah dan mengingatiNya, Si Kholiq yang Maha Pencipta di mana-mana tempat sekalipun hatta pada bila-bila masa juga... Selagi kita bergelar manusia... Kita tidak pernah terlepas dari salah dan dosa... Jadi bersama-samalah kita mensyukuri nikmat yang ada pada kita... Sucikan hati dan lapangkan dada agar segala nikmat ini tidak dipersia sewenang-wenangnya... Peringatan buat diri ini juga...


Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya RA katanya: Rasulullah saw telah bersabda "Sesungguhnya ALLAH mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yang diberikan kepada hambaNya" (AtTarmidzi)

Ana rasa cukuplah sekadar ini sebagai muqoddimah kata-kata ana yang hendak dinukilkan buat pedoman kita bersama...

*Ana minta maaf sangat-sangat sebab hampir dua bulan blog ni tidak diisi dengan pengisian sepatutnya... Ana akui itu kesalahan ana sendiri lantaran tiada masa yang dapat dibahagikan dengan sepenuhnya... InshALLAH, ana cuba yang terbaik untuk yang akan datang... Shukron kathiron jiddan kepada sahabat-sahabat yang sudi menziarah blog ana yang tidak seberapa ni... Wa akhiron, ilal liqo'... Ma'assalaamah... Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley