Wednesday, March 2, 2011

Permaisuriku_ZULFAN

Di kamar hati putik cinta bersemi
Mahligai bahagia impian kekasih
Bersendikan syariat bertunjangkan sunnah
Kini dirimu telah kumiliki

Engkau isteri penghibur di jiwaku
Pendorong tika ku tersesat di jalanan
Ibarat tongkat pembantu si buta
Menyeberangi jalan tiada pimpinan

Engkaulah ratu di hati menjadi penyeri teman di kala ku kesunyian
Kerna dirimu dimahkotakan isteri yang solehah
Menjaga maruah diri dan keluarga jua suami tercinta
Berkorban jiwa raga demi mendapat redha tuhannya

Sungguhku mengagumi ketabahan, kesabaran yang kau pertahankan
Mencorak mendidik cahaya mata agar taat padaNYA
Di saat diriku kebuntuan kau penghapus segala kelemahan
Membakari obor keyakinan demi suami tersayang

Tuhan ku pohon rahmat dariMu
Agar ikatan kami ke syurga yang abadi
Di sulam kemesraan bahagia berpanjangan
Hingga ke hujung nyawa ku pasrahkan
Dikau permaisuriku selamanya

Lirik : Zulfan collection
Lagu : Abang Am

amin, ya ALLAH


Ana percaya mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa ana post lagu Permaisuriku kali ni. Sebenarnya, lagu ni ana tujukan khas kepada isteri-isteri yang mejadi pendamping setia suami mereka terutamanya bondaku yang tercinta lagi dikasihi, "Opah" Faizah binti Abdul Manap. Terima kasih emak kerana sudi menjadi "PERMAISURI" kepada "abah," Atok Mior Mohd Safri. :) Akak akui tanpa asuhan dan didikan emak abah, akak pasti akak bukanlah sesiapa pada hari ni. Terima kasih sangat-sangat yang tak terhingga. Diha juga tahu Diha bukanlah seorang anak yang solehah apatah lagi sebagai seorang anak yang baik tapi akak berjanji akak akan berusaha ke arah itu. (inshaALLAH) Emak, abah... Ampuni segala dosa anakmu ini. Jasa emak dan abah amatlah banyak kepada akak. Sanggup bersusah payah, mengharungi pahit manis hidup kita sekeluarga... Banyak pengalaman kita hadapi bersama dan itulah yang mematangkan kita sekeluarga. Walaupun, emak dan abah tak tunjukkan dan cuba sedaya upaya menyembunyikan kesedihan itu daripada kami, permata hatimu tapi riak-riak duka itu jelas terpancar dari mukamu. Ya ALLAH, tak sanggup rasanya diri ini membiarkan setiap titisan jernih itu mengalir keluar menitik dari pipimu. Sebaknya, sayunya hati ini... Emak, abah... InshaALLAH puteri sulungmu ini akan berusaha sedaya upaya menggapai segala impian yang disandarkan... Hanya satu permintaan dari akak, iringi dan restuilah langkah-langkah Diha untuk tetap tabah meneruskan hidup ini dengan DOA dari emak dan abah. Terima kasih atas segala-galanya... Semoga keluarga kita bahagia dan tetap terus bercinta hingga ke syurgaNya, amin...

P/s: Ana asifah sebab post kali ni "emosional" sikit...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley