Sunday, July 17, 2011

Petua Merapatkan Ukhuwwah Dengan "Roommate"

Muka berserah jekan... :))
1. Setiap hari Khamis, kemas segala barang anda dan bagitau dekat "roommate" yang anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahawa tiada sesiapa di rumah. Kemas semula segala barang anda dan pergi tidur.

2. Setiap kali
"roommate"anda balik, jerit sekuat-kuat hati. "Hoooraay, kau dah balik." Selepas tu, menari dalam 5 minit. Kemudian, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Bukan ke sepatutnya kau dah blah skrg???"

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, kemudian jerit kuat-kuat. "Tolong 2x...!!! Aku dekat mana ni?" Selepas tu, lari keliling bilik anda. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalo
"roommate" anda bertanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil dekat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak 2x...!!!"
 
5. Beli pokok bonsai. Bercakap dan tidur dengan pokok itu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap, "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi." sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
 
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…

7. Duduk di depan papan catur selama 2-3 jam tanpa berbuat atau cakap apa-apa pun. Selepas tu, bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siput betul, kalah lagi!!!"

8. Setiap kali
"roommate" balik, tutup lampu dan tidur. Selepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Hooraayyy…!!!"Kemudian, buka lampu semula.
 
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…???" Lepas tu, buat muka tak bersalah sambil berkata, "Eh, kau rupanya…"

10. Kata dekat
"roommate", "Ada pesanan penting untuk kau." Lepas tu, buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh, aku dah ingat." Lepas tu, pengsan balik.
 
11. Bila "roommate" anda balik, berpura-pura seperti tengah bertelefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat dekat telefon tu. Lepas tu, letak telefon dan cakap dekat "roommate" bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap yang mak dia akan telefon balik.

12. Kalau
"roommate" suka gosok gigi dekat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan-kawasan seperti kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa
"roommate" anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tersebut. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai "roommate" anda.

14. Bila
"roommate" anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka tak bersalah dan teraniaya.

15. Duduk dan renung
"roommate" dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa rakan-rakan anda sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat-buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa
"roommate" tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau
"roommate" ada binatang peliharaan, seperti kucing, tawarkan diri untuk memberi makanan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan dan sapu botol gam atau minyak rambut  pada tangan anda sebelum bersalam bagi menyatakan tanda persetujuan.

18. Pegang dan gosok-gosok rambut
"roommate" anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilatla… Macam teknik rebonding…" Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase
"roommate" tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat). Selepas tu, panggil rakan-rakan anda dalam 10 orang untuk membaca Yaasin beramai-ramai. Bile "roommate" terjaga dari tidur, berpakat ramai-ramai macam tiada apa-apa yang berlaku.

20. Sebelum
"roommate" balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak). Selepas tu, baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik sebab tengok ada mayat baring atas katil dia.
*******
Kesimpulan: Assalamu'alaikum ashabi. Janganlah pekena sahabat-sahabat atau "roommate" antum sampai macam tu sekali. Kesian dekat dia, tak pasal-pasal jadi bahan. :) Nak bergurau tu boleh, tetapi ada batas-batasnya. Sebelum buat sesuatu tu, timbang tara dulu impak positif dan negatifnya, jangan bertaqlid kepada tuntutan hati nak mengenakan sahabat-sahabat antum. Bahaya tu... :) Tak naklah nanti, elok-elok berjanji nak bersahabat sehingga dunia dan akhirat. Tup 3x, dari jauh dah nampak "muncung todak." Hehe ^_^ Rasulullah pun ada bergurau dengan ashab baginda tetapi masih disulami dengan adab dan sopannya. Jadi, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Tambah iman, tambah amal. Wassalam...

4 comments:

  1. kalau buat gitu kat rumate kami, bleh jd mereng je sat gi.. hihi~ bez3..

    ReplyDelete
  2. haha...annoying teruk laaa! Btw, thx Allah, HE gives me such a great roomates ever.... roomates are sisters! =)

    ReplyDelete
  3. Huda: siapa yg mereng? huda ke roommate??? hehe...

    Mey: I also got the same expression when I read these "tips". hehe... kebetulan, masa tu tengah stress. hilang stress lepas baca "tips" ni. =)) betul3. roommate mira semuanya baik2... roommate kami pun baik jugak... ^_^

    ReplyDelete
  4. bagus post ni, terhibur ana membacanya....

    ana memang benar ada masalah dengan roommate, ana mohon kasih padanya kerana ALLAH.... tapi psot di atas memang 'hahahhahahaha' . hope dapat tips yang dapat mengeratkan ukhuwah dengan rommate saya . jzkllah khair...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley