Friday, October 14, 2011

Kenapa? Wajib ke...???

 Bismillahhirrahmaanirrohim...
Segala pujian hanya untuk yang Maha Esa, ALLAH S.W.T. Hanya kepadaMu jualah tempat kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu jualah tempat kami akan kembali. Selawat dan salam rindu buat junjungan besar kekasihNya yang teragung, Nabi Muhammad S.A.W dan para mukminin mukminat yang mengikuti baginda hingga akhir zaman serta para pembaca yang dirahmati ALLAH. :)

Seperti biasa, jangan lupa ucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai tanda syukur yang kita masih dihidupkan lagi pada hari ini. Ana agak sedih hari ni sebab salah seorang sahabat tersayang terpaksa pulang ke rumah untuk sesi rawatan di hospital. Kemungkinan besar, sohabati bakal dibedah. Hmm, sangat sedih sebab tak dapat menemaninya di saat-saat getir tu. Yelah, siapa yang nak kena bedahkan? Ke ada je orang yang nak "offer" diri untuk dibedah?

Hamba ALLAH: Doktor, tolong bedah saya.
Doktor: Kamu sakit apa?
Hamba ALLAH: Saya pun tak tau saya sakit apa. Saje je, nak mengisi lapang saya.
Doktor: Ha...??? =,="

Eh, ada ke orang macam tu? Macam pelik je... Hehe... "Duhai sahabatku, sila berusaha...!!! Ana sayang enti kerana ALLAH. Semoga tabah hadapi ujian ALLAH." Akhir-akhir ni, ana perasan yang persahabatan kami sering sahaja diuji. Banyak mehnah yang telah kami semua tempuh. Tapi, apa-apa pun ana percaya bahawa itu tandanya ALLAH sayangkan kami dan telah mengukuhkan lagi ukhuwwah kami. InshaALLAH, kasih sayang antara kami takkan pudar selagi hayat dikandung badan dan bertahan hingga ke syurga. Uhibbukunna lillahhi ta'ala. Terima kasih ya ALLAH atas ujian-ujianMu itu. ^_^

Thursday, October 13, 2011

Beza Antara "Enta" dan "Enti"


PERIHAL ENTA~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN???
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya sendiri yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.





Tuesday, October 11, 2011

Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi

Bismillahhirrohmanirrahim...
Alhamdulillahhi robbil 'alamin wassolaatu wassalaamu 'ala ashrofil anbiyaa iwal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Segala pujian hanya untuk yang memberi kita untuk terus hidup sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Sollu 'alaih. Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang dikasihi, keif halukum? Arju 'alaikum bissihhat wal 'afiyah daiman, inshaALLAH... Awwalan, ana asifah jiddan jiddan sebab dah lama tak "menyemakkan" diri dalam blog .: Tinta-tinta Murobbiah :. ni. Maaf sangat-sangat. Bukannya tak nak update tapi sebab tak tau nak update apa. Lagipun, banyak hal yang mesti diutamakan dahulu. Jadi, inilah masa yang dapat dicuri. ^_^

InshaALLAH, ana nak berkongsi tentang "Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi" untuk "entry" kali ni. Sila baca kisah ini dengan penuh penghayatan denga berlatar belakangkan lagu blog ana ni ye... Selamat membaca... :)


Auchak...!!! 


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini...???"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley