Saturday, January 14, 2012

Al-Quran, oh Al-Quran.....

|sampingan|

"Sayang, tengok nih. Cantiknya al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." kata Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih." balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab. Hmm..." keluh Jamilah.

"Ala , awak bukan reti pun Bahasa Arab." jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat." tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid." sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh, baguslah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik." teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlulah beli al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik." tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak bacala." tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ar-Rahman. Ada tafsiran lagi." cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala , besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi." senyum Jamilah mengangkat bungkusan al-Quran warna ungu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya." pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk jela pakcik tu." Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua." ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin." cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata Ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

"Surah Ar Ra'd"

"Apa benda nih?" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaan irrahim.. ALL..MAA. . RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam al-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnass yaitaanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama al-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya. Zuuppp...!!!!!


"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina al-Quran. Beli al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim." tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian Ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Tettt teettt! "Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya, Nabil." SMS dari Ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil...

Sumber: Kisah Tauladan> al-Quran

Kesimpulan: Jangan salah gunakan al-Quran sebagai hiasan semata kerana ketahuilah setiap perkara yang kita lakukan di dunia ni akan dipersoalkan kembali di akhirat. Apa yang ana cuba maksudkan di sini, apa gunanya kita beli al-Quran cantik-cantik dan mahal-mahal sedangkan tujuan asalnya adalah untuk dibaca sekiranya hanya diletakkan dalam "frame" kaca untuk dijadikan tontonan umum? Bukankah lebih baik kita infaqkan wang yang dibelanjakan itu untuk ke arah lebih baik? Na'uzubillah... Astaghfirullah... Tiada istilah "Saya tak sempat atau tak boleh berubah dah ni. Saya dah jauh tersasar ni." Biarlah lambat, asalkan jangan tidak pernah. Sedangkan pintu rumah yang sekecil-kecil itu pun kita berusaha sedaya upaya nak masuk, apatah lagi pintu taubat yang terbuka amat luas. Kita baru terdetik nak bertaubat pun sudah diganjarkan dengan pahala. Ana rasa tiada masalah di sini. InshaALLAH, kita sama-sama berubah ye? :)


Surah a-Fathir

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; (29)

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
Maksud: Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (30)

Wallahhu a'lam~~~

1 comment:

  1. Entry yg mantap dari bakal murobbiah! muhasabah diri.. ustazah, bgaimana pula jika memiliki 2 buah al-quran.. satu sering diguna, malah satu lagi disimpan dan dijadikan bahan rujukan jika perlu sahaja? takut juga jika itu turut distilahkan sebagai Al-quran tidak diamalkan tapi dijadikan bahan hiasan.. Mcm mana ye ustazah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley