Tuesday, June 12, 2012

Eh, Kubur Bercakap???

Bismillahhirrohmanirrohim, assalamu'alaikum w.b.t..
Alhamdulillah 3x! Terima kasih ya ALLAH kerana masih menghidupkan hambaMu yang banyak berbuat dosa ni. Anggaplah itu peluang ALLAH kepada kita untuk memperbaiki diri dan mintalah keampunan dariNya atas segala dosa yang telah kita lakukan selama ni. Ate! Idok gheti2 lagi ke? Istighfar banyak2 sambil "flashback" balik apa yang kita dah buat selama ni. Eleyh, hang pun sama jugakla Cik Aula uiiii...!!! Selain istighfar, kita boleh jugak amalkan zikir ni. Ana suka dengar dekat radio Ikim, series! Rasa tenang dan syahdulah bila dengar alunan zikir ni. Apa zikirnya?

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Apa maksudnya?  

>Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.

Ok! Selesai sudah sesi muqoddimah. Now, let's proceed to the main point here. Enjoy reading! ^_^

***********

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." 

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layani dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri 

ASTAGHFIRULLAH~

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berasal dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapaknya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
 

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. 
(Sumber: 1001 Kisah Teladan)

***********
SubhanALLAH, apa benda terdetik dalam hati usai je baca cerita ni??? Ana rasa macam jantung ni tersentap dengan sesentapnya. Sebab apa? Cuba baca balik apa antara perkara yang harus kita jauhi tu. Buang air sambil berdiri pun kena hisab. Orang memang pandang remeh jekan benda ni walhal perkara kecik ni pun kena azab jugak tau! Na'uzubillah! Jadi, ambil iktibar sama deyh! Kita amalkan empat perkara yang telah disebut oleh Abu Laits as-Samarqandi. Peringatkan orang lain ke arah kebaikan pun satu ibadah yang amat dituntut kepada kita. Ingat tak apa yang Rasulullah pernah pesan pada kita? "Sampaikanlah walaupun satu ayat..." InshaALLAH, dapat tambah saham ke sana nanti. Till then, wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley