Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Sya'aban! ツ

 

Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433- ツ.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb." ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

*12* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

 

InshaALLAH =)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley