Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadis Sahih Bukhari, manakala riwayat Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Sa'id Al Khudri)
Alhamdulillah, harap-harap dosa-dosa ana yang lalu telah ALLAH ampunkan sepanjang ana demam hari tu. Semoga segala urusan hidup ana dipermudahkanNya. Ya ALLAH, terima kasih =) Lagipun, ujian yang ALLAH berikan ni taklah seberat seperti dugaan-dugaan yang ALLAH kurniakan kepada nabiyyuna, Muhammad S.A.W. Ujian yang Rasulullah lalui lagi berat berbanding kita. Kadang-kadang secara tidak sedar, kita selalu mengeluh, tak pun mengaduh macam-macam. Apa yang kita lalui ni sikit sangat-sangat berbanding dengan apa yang dilalui oleh Nabi ALLAH Ayyub a.s. yang ditimpa penyakit yang sangat kronik bertahun-tahun lamanya. Nabi Ayyub sangat sabar dan redha keadaan dirinya. Nak kata tahap kesabaran Nabi Ayyub ni sangatlah tinggi sehinggakan berdoa kepada ALLAH pun masih disertai dengan pujian-pujian yang tinggi kepada Rabnya.