Showing posts with label coretan rasa hati. Show all posts
Showing posts with label coretan rasa hati. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Mou iyo...!!!


Keif halukum ashabi? Lama dah tak bertegur sapa dalam blog ni. Maaf sangat-sangat ye. Banyak kali sebenarnya rancang nak membebel dalam blog ni tapi selalu terhalang sebab sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T. yang masih menghidupkan kita semua sehingga dah beralih tahun 1433H. Tadi, belek-beleklah jugak entry-entry ana yang sebelum ni. Tiba-tiba rasa macam tak sesuai je nama blog ni Tinta-tinta Murobbiah sebab ana perasan ana banyak membebel je dalam blog ni. Pok pek sana, pok pek sini. Pok pek sesaje je keme ni ye. Ops, ter"speaking" Peyghok pulak. Hehe. Ate, mana idoknye. Udoh keme punya blog, sini jela keme nak pok pek pun. InshaALLAH , pok pek yang bermanfaat. InshaALLAH, ana akan sentiasa usahakan... ^_^

Mou iyo...!!!
Nanda kore?
Doshite???
Anatawa tottemo..... Grrrr...
Michi ni mayou...!!!

Oh, sudah! Membebel dalam Bahasa Jepun pulak ye? Nak tau kali ni apa pulak sebab ana membebel? Alasan yang sama jugak seperti entry sebelum ni, Kenapa? Wajib ke...??? Mou iyo: ENOUGH...!!! Sudah-sudahlah tu nak bising-bising pasal hal ni dengan ana. Cemuihlah... Kenapa? Ana takde pun nak masuk campur hal orang lain + tak menyusahkan sesiapa pun sekiranya ana lebih memilih untuk "sendiri'. Ana bersyukur sangat-sangat ALLAH mengurniakan hidup ana sebegitu rupa. Sebab apa? ALLAH nak pelihara ana dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Kadang-kadang, ana kesal + sedih. Hina sangat ke ana di mata "mereka" ini? Penat... Sungguh, ana penat... Penat nak menghadapi orang macam ni. Penat nak bagi hujah kepada "mereka". Penat nak berdolak dalih lagi. Penat, penat sangat T_T

Nasihat Luqman:

*Bersyukurlah kepada Allah, Kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tidak sesiapa yang bersyukur, Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Saturday, November 26, 2011

Selamat 3x... Eh2, selamat ke? ^_^

Sila2, jgn segan2 ye :)

Bismillahhirrahmanirrohim...

Salam Ma'al Hijrah 1433H buat ashabi muslimin dan muslimat...
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk berada di tahun baru ni. Ikut logik, umur pun dah bertambah angka. Jadi, umur ana pun dah bertambah jadi 20+++. (Huwaa, tua sudah... T_T)

*Hmm, dah lama jugak ana dok menumpang dekat bumi ALLAH ni. Apatah lagi emak abah ana... Teringat masa masih muda belia dulu. Ana pernah tanya emak...
Ana: Emak, nanti masa tahun 2020 emak dengan abah ada lagi tak masa tu? (Kebetulan masa tu dekat tv asyik uar-uarkan pasal Wawasan 2020. Wah, cibuk sungguh budak ni. Hehe)
Emak: Tahun 2020? Emak pun tak taula kak...
Ana: *Laa, kenapa mak tak tau pulak...??? ( Cakap dalam hati secara solo. :D)

Friday, October 14, 2011

Kenapa? Wajib ke...???

 Bismillahhirrahmaanirrohim...
Segala pujian hanya untuk yang Maha Esa, ALLAH S.W.T. Hanya kepadaMu jualah tempat kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu jualah tempat kami akan kembali. Selawat dan salam rindu buat junjungan besar kekasihNya yang teragung, Nabi Muhammad S.A.W dan para mukminin mukminat yang mengikuti baginda hingga akhir zaman serta para pembaca yang dirahmati ALLAH. :)

Seperti biasa, jangan lupa ucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai tanda syukur yang kita masih dihidupkan lagi pada hari ini. Ana agak sedih hari ni sebab salah seorang sahabat tersayang terpaksa pulang ke rumah untuk sesi rawatan di hospital. Kemungkinan besar, sohabati bakal dibedah. Hmm, sangat sedih sebab tak dapat menemaninya di saat-saat getir tu. Yelah, siapa yang nak kena bedahkan? Ke ada je orang yang nak "offer" diri untuk dibedah?

Hamba ALLAH: Doktor, tolong bedah saya.
Doktor: Kamu sakit apa?
Hamba ALLAH: Saya pun tak tau saya sakit apa. Saje je, nak mengisi lapang saya.
Doktor: Ha...??? =,="

Eh, ada ke orang macam tu? Macam pelik je... Hehe... "Duhai sahabatku, sila berusaha...!!! Ana sayang enti kerana ALLAH. Semoga tabah hadapi ujian ALLAH." Akhir-akhir ni, ana perasan yang persahabatan kami sering sahaja diuji. Banyak mehnah yang telah kami semua tempuh. Tapi, apa-apa pun ana percaya bahawa itu tandanya ALLAH sayangkan kami dan telah mengukuhkan lagi ukhuwwah kami. InshaALLAH, kasih sayang antara kami takkan pudar selagi hayat dikandung badan dan bertahan hingga ke syurga. Uhibbukunna lillahhi ta'ala. Terima kasih ya ALLAH atas ujian-ujianMu itu. ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi

Bismillahhirrohmanirrahim...
Alhamdulillahhi robbil 'alamin wassolaatu wassalaamu 'ala ashrofil anbiyaa iwal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.

Segala pujian hanya untuk yang memberi kita untuk terus hidup sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Sollu 'alaih. Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang dikasihi, keif halukum? Arju 'alaikum bissihhat wal 'afiyah daiman, inshaALLAH... Awwalan, ana asifah jiddan jiddan sebab dah lama tak "menyemakkan" diri dalam blog .: Tinta-tinta Murobbiah :. ni. Maaf sangat-sangat. Bukannya tak nak update tapi sebab tak tau nak update apa. Lagipun, banyak hal yang mesti diutamakan dahulu. Jadi, inilah masa yang dapat dicuri. ^_^

InshaALLAH, ana nak berkongsi tentang "Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi" untuk "entry" kali ni. Sila baca kisah ini dengan penuh penghayatan denga berlatar belakangkan lagu blog ana ni ye... Selamat membaca... :)


Auchak...!!! 


Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini...???"

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان


*********

"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua"

~ Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan ~

*********  

 

" Akak, oh akak..."

"Ya mak, ada apa mak...???"

"Esok nak puasa dah, dah baca niat belum...???"

"Alamak, lupa pulak nak baca...

"Ha, cepat niat. Nanti tak boleh puasa pulak..."

"Mak, baca niat Bahasa Melayu je, boleh tak...??? Tak tau Bahasa Arab punya..."

"Takpe, boleh je... :)"

Tuesday, June 14, 2011

Hebat sangat ke cinta tu???

cintaku kepada yang menciptakan cinta itu sendiri, inshaALLAH


Hebat sangatkah cinta?
Atau cuma hawa nafsu semata???
Jika tiada calon,
ramai yang bertanya...
"Mengapa tidak dicari???" katanya.

Hebat sangatkah cinta?
Jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina.
Hingga agama diletak belakangnya...

Hebat sangatkah cinta?
Jika statusku single,
mereka hairan bertanya...
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya.
Jika ramai tak buat dipandang biasa...


Hebat sangatkah cinta?
Menghayati rasa yang terkandung di jiwa.
Terlahirnya sajak dan puitisnya cinta.
Lautan api sanggup diredahnya...

Tuesday, March 15, 2011

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur....

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Sedang Tidur...??? Entry apa pulak yang ana post kali ni??? Hmm, ana nak tanya sahabat-sahabat. Pernah tak walau sekali tengok muka-muka orang antum sayang pada saat dia tidur... Renungkan dan lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka... Saat itulah kita akan sedar betapa kasih dan sayangnya kita terhadap insan-insan tercinta ini... Tak percaya??? Cubalah...!!!

Wednesday, March 2, 2011

Permaisuriku_ZULFAN

Di kamar hati putik cinta bersemi
Mahligai bahagia impian kekasih
Bersendikan syariat bertunjangkan sunnah
Kini dirimu telah kumiliki

Engkau isteri penghibur di jiwaku
Pendorong tika ku tersesat di jalanan
Ibarat tongkat pembantu si buta
Menyeberangi jalan tiada pimpinan

Engkaulah ratu di hati menjadi penyeri teman di kala ku kesunyian
Kerna dirimu dimahkotakan isteri yang solehah
Menjaga maruah diri dan keluarga jua suami tercinta
Berkorban jiwa raga demi mendapat redha tuhannya

Sungguhku mengagumi ketabahan, kesabaran yang kau pertahankan
Mencorak mendidik cahaya mata agar taat padaNYA
Di saat diriku kebuntuan kau penghapus segala kelemahan
Membakari obor keyakinan demi suami tersayang

Tuhan ku pohon rahmat dariMu
Agar ikatan kami ke syurga yang abadi
Di sulam kemesraan bahagia berpanjangan
Hingga ke hujung nyawa ku pasrahkan
Dikau permaisuriku selamanya

Lirik : Zulfan collection
Lagu : Abang Am

amin, ya ALLAH


Saturday, January 8, 2011

Sekadar Permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk tumpang hidup di atas muka bumiNya ini hari ini... ya ALLAH, bersyukur sangat-sangat! Terima kasih ya ALLAH... Sekarang sudah bermulalah tirai kehidupan yang baru dengan program pendidikan yang baru pada tahun yang baru. Jadi, ana rasa tidaklah terlambat sangat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 dan juga Maal Hijrah 1432H pada 1 Safar ini. Nampak sangat dah lama tak "update" blog nikan? Asifah ye sahabat-sahabat. Banyak sangat kekangan yang tak dapat dielakkan... Keif halukum jami'an? Ana harap sihat-sihat belaka di samping iman yang mantap, inshALLAH... 

Apabila cakap pasal tahun baru ni, sah-sahlah orang tanya, "Apa azam kamu? Azam tahun lepas dah terlaksana ke?" Alamak! Entahlah, ana kalau cakap pasal azam ni tak tahu nak kata apa. Kenapa ye? Ana takde hala tuju hidup ke? Ana takde apa-apa nak dicapai ke? Aduhai, tak tahulah. Hmm, tapi itu DULU... inshALLAH, bagi sem baru ni ana ada azam yang ingin dicapai. Tapi, apa-apa hal pun jangan membelakangkan ALLAH dan ibu bapa. "Why? Of course, because there are my priorities." Apa ye azam ana? Hal itu biarlah rahsia antara ana dan ALLAH. Seperkara lagi, umur yang agak muda belia remaja ni 1+ telah berubah secara drastiknya kepada angka 2+. SubhanALLAH, hampir 20 tahun ana hidup atas muka bumi ini. Apalah bekalan yang ana ada untuk "pulang" nanti. Pada pendapat sahabat, sambutan hari jadi atau pun bertambahnya tahun ini menandakan umur kita semakin panjang ke atau semakin pendek? Hmm, sekadar itulah ana rasa untuk tahun baru ni. Selamat kembali ke tempat pengajian masing-masing. Pasangkan azam dan tetapkan tekad. Salam mahabbah~
Ana tinggalkan antum dengan petikan  ini;

Setiap panjang umur itu dihabiskan dalam taat dan bakti kepada ALLAH Ta'ala, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meninggi. Sebaliknya, jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai ALLAH Ta'ala, maka yang demikian itu adalah bala dan celaka kerana ia akan menambah kejahatan dan memperbanyak dosa.

(Panjang Umur dalam Ketaatan; Kitab Nasihat  Agama dan Wasiat Iman susunan Imam Habib Abdullah Haddad)


WALLAHHU A'LAM~

Wednesday, December 1, 2010

Bidadari Dunia

mujahidah bidadari dunia~
Mendengar nama bidadari tentu yang ada dalam bayangan kita adalah wanita cantik,dan lembut serta menawan dan kisah ini hanya ada dalam dongeng sebelum tidur. Sesungguhnya bidadari itu ada,seperti yang dikisahkan oleh Ibnu Qayyim Al jauziyyah dalam bukunya “Temasya Ke syurga,dimana dalam buku itu dikatakan bidadari2 itu adalah waninta suci yang menyenangkan bila di pandang mata,meyejukkan jika dilihat dan menentramkan setiap pemiliknya,wajahnya cantik jelita,kulitnya halus mulus,akhlaknya baik dan perawan kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Subhanallah sungguh satu gambaran yang sempurna dari seorang berjenis wanita yang menjadi bidadari syurga. Dan akan timbul pertanyaan dihati siapakah yang mendapatkan bidadari itu ? jawabnya ialah yang mendapatkan bidadari syurga adalah orang2 yang syahid kerana berjihad di jalan Allah,orang2 yang tulus ikhlas membela agama Allah. Diantara sebagian orang berfikir atau khususnya kaum adam,tentu akan bertanya bila dapat bertemu dengan bidadari2 itu ? apakah bidadari2 itu bisa di miliki ? atau adakah sedikit di antara mereka mendiami bumi sekarang ini ? Sesungguhnya bidadari2 itu sudah turun kebumi semenjak Islam bangkit di bumi.Bidadari itu menghias diri setiap hari,wujud manusia yang berhati lembut,menyenangkan di pandang mata,meyejukkan dilihat,menentramkan hati setiap pemiliknya,dan dia adalah wanita sholeha yang menjaga kesucian dirinya.Akan timbul lagi pertanyaan seperti apakah bidadari bumi itu ? Bisakah kita mengikuti langkahnya? Apakah dia anak ? adik? atau sepupu perempuan atau apakah dia ibu kita ,apakah dia juga kita sendiri ? atau semua ini hanya angan2 yang bisa di realisasikan ,tapi syatan menahan. Setiap wanita bisa menjadi bidadari bumi,dan seperti apa ciri2nya antara lain :

1,Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah,sentiasa menyerahkan segala urusan hiudpnya kepada hukum dan syariat Allah.

2.Ia menjadikan Alquran dan Al hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur segala aspek kehidupannya

3.Ibadahnya baik dan memiliki akhlak dan budi pekerti yang mulia tidak suka berbohong,mengumpat danbebas berhibur.

4.Berbuat baik dan berbakti kepada orang tua,dan senantiasa mendoakan orang tuanya,menghormati mereka dan menjaga serta melindunginya.

5.Kalau dia bersuami maka dia akan taat kepada suaminya,menjaga harta suaminya,mendidik anak2nya dengan kehidupan yang Islami,dan jika dilihat menyenangkan suami.jika di padang menyejukkan dan menentramkan bila berada di dekatnya,hati akan tenang bila meninggalkannya pergi,dan melayani suaminya dengan baik dan berhias untuk suaminya dan dapat membangkitkan motivasi dan semangat suami dalam berjuang membela agama Allah.

6.Tidak suka bermewah2 dengan dunia,tawadhu,nersikap sederhana,sabarnya luar biasa atas janji2 Allah,dan tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.

7.Dia sangat bermanfaat untuk lingkungannya,pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar,meyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut,hatinya
bersih,akalnya cerdas . Itulah sekilas gambaran bidadari bumi,dialah wanita solehah yang berada dirinya lebih baik dan berbakti untuk seluruh alam ini. Ya Allah,… Ya Rabbi,jadikanlah aku,ibuku dan saudara2ku yang wanita juga wanita2 muslimah di sekelilingku menjadi bidadari bumi agar kelak di syurga tidak canggung lagi. Dunia ini adalah perhiasan,sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah(HR Muslim)
sumber: klik sini

Friday, November 12, 2010

Penantian...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya ana masih lagi diberikan nafas dan ruh untuk terus hidup di atas muka bumi ini... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... 

Jika dihitungkan, tinggal lebih kurang beberapa hari je lagi nak balik rumah. Alhamdulillah, satu lagi nikmat yang ALLAH bakal kurniakan kepada ana. Cuma, tak tahulah ana ni tergolong dalam golongan orang yang bersyukur ke tak... Na'uzubillah!!! (=,=") Hal ini bermakna secara tidak langsung, medan peperiksaan sem akhir foundation ni pun hampir sahaja melabuhkan tirainya... Sekejap jekan??? Sem ni pun dah nak habis dah ye??? Sedihnye... inshALLAH, pada tanggal 15 November 2010 ni merupakan hari terakhir kita di IPSAH. Macam mana sahabat-sahabat??? Boleh jawab tak? Mesti bolehkan, sahabat-sahabat anakan pandai-pandai belaka. Ana? Erk, entahlah. Ana hanya mampu menjawab yang ana telah lakukan sebaik mungkin. La ba'sa sahabat-sahabat, la tahzan ye! inshALLAH, jika kita yakin yang kita dah buat yang terbaik, ALLAH pasti menganugerahkan kepada kita yang terbaik asalkan jangan putus-putus berdoa kepadaNya dan bertawakal. Ana yakin mesti sahabat-sahabat ada cara tersendiri untuk diamalkan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan, semoga isitiqomah ye walaupun sedikit. Keikhlasan tu yang penting di samping kualitinya... Tasji'! Jangan putus harapan kepada ALLAH ye... Seperkara lagi, doakan kejayaan bersama-sama ye... inshALLAH, sem depan kita akan jumpa lagi (hmm, macam bosan je. hehe...)

Semoga nur falah dan najahNya sentiasa mengiringi kita....

ALLAHHUMMA NAJJIHNA FI KULLIL IMTIHAN, FIDDIN, FIDDIROSAH, FIDDUNYA WAL AKHIROH WA FI KULLIL HAL BINNAJAHAN MUMTAZAN BAHIRO

Ya ALLAH, Engkau kurniakanlah kejayaan kepada kami semua setelah apa yang kerjakan. Isatijibillahhhumma du'a ana... Ameen, ya ALLAH...


SALAM PERPISAHAN SAHABAT-SAHABAT~



Doa Perpisahan 

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu



Hati-hati Menjaga Hati

bersama-sama jaga hati ye... inshALLAH, ALLAH akan jaga kita...

Assalamualaikum… Apa khabar imanmu pada hari ini??? Sihatkah ia??? Sudah makankah ia??? Sahabatku, setiap detik dan saat yang kita lalui, banyak perkara yang kita lakukan. Terkadang ada perkara-perkara yang kita lakukan itu akan memberi kesan kepada hati kita sama ada kita sedari ataupun tidak. Di sini, kita akan membicarakan soal...


"Lima Perosak Hati"

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH...


Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, busuk atau hitam, maka rosak, busuk dan hitamlah pula perbuatannya. Jadi, menjadi kewajipan ke atas kita untuk menjaga hati kita dari kebinasaan.

”Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah bahawa pagar Allah adalah larangan-larangannya. Ketahuilah, bahawa dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati.” 


(HR Bukhari dan Muslim).



Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan terdapat lima perkara yang boleh merosakkan hati, 


1) Bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk) 
2) Angan-angan kosong
3) Bergantung kepada selain Allah
4) Kekenyangan 

5) Banyak tidur.'

Pertamanya, tahap kebergantungan kita selain kepada Allah. Hal ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.

Jika seseorang bertawakkal kepada selain ALLAH maka ALLAH akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. ALLAH akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari ALLAH, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. ALLAH berfirman, ertinya:

"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." 


(Maryam: 81-82)

"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)

Maka, di sini jelas bahawa orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah labah-labah dan rumah laba-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. 

ALLAH berfirman, ertinya: 


"Janganlah kamu adakan tuhan lain selain ALLAH, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (ALLAH)." (Al-Isra': 22)

Terkadang keadaan sebahagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebahagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

Kedua, adalah pergaulan. Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif. Kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Karena itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat karena salah pergaulan. 



"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).

Dan ALLAH berfirman lagi: "Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

Firman ALLAH: 



"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).

Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Oleh itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha ALLAH.

Yang ketiga ialah larut dalam angan-angan kosong. Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang "MUFLIS" dirinya. Bahkan turut dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang "MUFLIS". Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya.

Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal soleh yang mendekatkan dirinya kepada ALLAH. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

Seterusnya ialah makanan. Makanan perosak terbahagi kepada dua jenis. 


Pertama , merosakkan kerana zat dan terbahagi juga kepada dua jenis.

1) Haram kerana hak ALLAH seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. 

2) Haram kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik karena paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan melebihi batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan kerananya ia mudah mengikuti hamba kepada syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan betah tinggal berlama-lama.

Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:



"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

Yang terakhir ialah banyaknya tidur. Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi kerana lebih banyak mudharatnya daripada manfaatnya. Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Shubuh dengan terbitnya matahari. Emak ana selalu pesan jangan tidur selepas subuh sebab akan tertutup pintu-pintu rezeki. Cuba bayangkan, sekiranya seseorang yang bergelar ayah mengamalkan sikap seperti ini. Nescaya, tiada apalah yang akan dapat diberikan kepada ahli keluarganya sebagai nafkah. Apalah salahnya bagi kita yang bergelar anak ini untuk membantu ibu bapa mengemas rumah. InshALLAH, dari sini akan lahirlah nilai-nilai keluarga yang bahagia. Oleh itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan diberikan rezeki, saat diberikannya barakah.

Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam .

Semoga sama-sama dapat menjaga hati... (^_^)

(Disadur dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)

Saturday, November 6, 2010

♥♥ *******.... Andai Katamu Percuma....****** ♥♥

Suatu hari ada salah seorang sahabat yang meninggal dunia. Seperti biasanya, jika ada sahabat meninggal dunia, Rasulullah pasti cuba menyempatkan diri menghantar jenazahnya sampai ke kubur. Tidak cukup sampai di situ, pada saat pulangnya, Rasulullah menyempatkan diri singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga yang ditinggalkan supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu. Begitupun terhadap keluarga sahabat yang satu ini.

Sesampai di rumah duka itu, Rasulullah bertanya kepada isteri arwah, “Tidakkah arwah suamimu mengucapkan wasiat ataulah sesuatu sebelum ia meninggal?”

Sang isteri yang masih diliputi kesedihan hanya tertunduk. Esak tangisannya masih sesekali terdengar dari dirinya. “Aku mendengar ia mengatakan sesuatu di antara dengkur nafasnya yang tersangkut. Ketika itu ia tengah menjelang ajal, ya Rasulullah.”

Rasulullah tertanya, “Apa yang dikatakannya?”

“Aku tidak tahu, ya Rasulullah. Maksudku, aku tidak mengerti apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih kerana dahsyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit difahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong.”

“Bagaimana bunyinya?” tanya Rasulullah lagi.

Isteri yang setia itu menjawab, “Suamiku mengatakan "

ANDAIKATA LEBIH PANJANG LAGI….
ANDAIKATA YANG LEBIH BARU…
ANDAIKATA SEMUANYA…

Hanya itulah yang tertangkap sehingga aku dan keluargaku bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu hanya igauan dalam keadaan tidak sedar, ataukah pesan-pesan yang tidak selesai….”

Rasulullah tersenyum. Senyum Rasulullah itu membuat isteri arwah sahabat menjadi kehairanan. Kemudian, terdengar Rasulullah berbicara, “Sungguh, apa yang diucapkan suamimu itu tidak keliru.” Baginda diam sejenak. “Jika kalian semua mau tahu, biarlah aku ceritakan kepada kalian agar tak lagi hairan dan bingung.”
Sekarang, bukan hanya isteri arwah saja yang menghadapi Rasulullah. Semua keluarga arwah mengerumuni Rasul akhir zaman itu. Ingin mendengar apa gerangan sebenarnya yang terjadi.
“Kisahnya begini,” Rasulullah memulai :

“Pada suatu hari, ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan solat Jumaat. Di tengah jalan ia berjumpa dengan dengan orang buta yang bertujuan sama iaitu hendak pergi ke masjid juga. Si buta itu sendirian tercari-cari kerana tidak ada yang menuntunnya. Maka, dengan sabar dan ikhlasnya, suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas yang penghabisan, ia menyaksikan pahala amal solehnya itu. Lalu ia pun berkata, ‘ANDAIKATA LEBIH PANJANG LAGI.’ Maksudnya adalah andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya akan jauh lebih besar pula.”

Semua anggota keluarga itu sekarang mengangguk-angguk kepalanya. Mulai mengerti sebahagian perkara. “Terus, ucapan yang lainnya, ya Rasulullah?” tanya sang isteri yang semakin ingin tahu.

Nabi menjawab, “Adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi sekali untuk solat Subuh, cuaca dingin sekali. Di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suaminya membawa sebuah mantel lampu baru, selain yang dipakainya.

Maka ia pun mendapatkan mantelnya yang lama yang tengah dikenakannya dan diberikan kepada si lelaki tua itu. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, ‘Cuba, ANDAIKATA YANG MASIH BARU yang kuberikan kepadanya, dan bukannya mantelku yang lama yang kuberikan kepadanya, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi.’ Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya.”

“Kemudian, ucapan yang ketiga, apa maksudnya ya Rasulullah?” tanya sang isteri lagi.

Dengan penuh kesabaran, Rasulullah menjelaskan, “Ingkatkah engkau ketika pada suatu waktu suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Ketika itu engkau segera menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur daging dan mentega. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong. Yang sebelah diberikannya kepada musafir itu.

Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak (sakaratul maut), ia menyaksikan betapa besarnya pahala dari amalnya itu. Oleh sebab itu, ia pun menyesal dan berkata, ‘Kalau aku tahu begini hasilnya, musafir itu tidak akan kuberi hanya separuh. Sebab, ANDAIKATA SEMUANYA kuberikan kepadanya, sudah pasti pahalaku akan berlipat ganda pula.’”

Sekarang, semua anggota keluarga mengerti. Mereka tak lagi risau dengan apa yang telah terjadi kepada suami dan ayah mereka ketika akan menjelang wafatnya. Kelapangan telah ia dapatkan kerana ia tidak menangguh-nangguhkan untuk menolong dan memberi.

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥

Begitulah keadilan Tuhan. Pada hakikatnya, apabila kita berbuat baik, pastinya kita juga yang akan beruntung, bukan orang lain. Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri.

“Kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, bererti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula.” ( Surah al-Isra: 7)


Dari kisah nyata diatas dapat kita ambil hikmah, bahawa tertutup sudah kesempatan kita mencari bekal untuk kehidupan akhirat sekecil apapun. Kata andaikata pun percuma, hanya penyesalan dan penyesalan yang tiada habisnya...!!! Ana percaya mesti sahabat-sahabat biasa mendengar kata-kata ini;


"Fastabiqul khairat..."



Ya, ini bukan kata-kata biasa bahkan ayat-ayat cinta dari ALLAH yang ana sendiri tak pasti surah apa yang bermaksud bersegeralah kamu ke arah kebaikan... SubhanALLAH, molek dan indah benar hidup ini sekiranya berlandaskan atas jalan yang sebenarnya... Terharu ana membaca artikel ini... Ana cuba menghitung kembali diri ini, apakah sudah banyak amal yang kukerjakan untuk membawa pulang kembali menghadapMu, ya ALLAH??? ya ALLAH, hinanya diri ini... ya ALLAH, sedih ana mengenangkan... Bercucuran air mata ini, ya ALLAH... 


ALLAH, dosaku menggunung tinggi tetapi rahmatMu melangit luas. 

Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatMu di bumi.

ALLAH, walau taubat sering kumungkir.

Namun, pengampunanMu tidak pernah bertepi.

Apabila selangkah kucuba rapat kepadaMu, seribu langkah pula Kau rapat padaku...


“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya.” (Surah al-An‘am: 160).

Friday, November 5, 2010

~Apabila Kutolak Khitbahmu...~

Bismillah...

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...


Salman Al Farisi memang sudah waktunya menikah.Seorang wanita Ansar yang dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.


Tapi bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Ia berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.


Maka disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’. ”Subhanallaah.. walhamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.


”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.

”Adalah kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.


”Maafkan kami atas keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.


Jelas sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Itu mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahwa dia memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita dengar ia bicara.


”Allahu Akbar!”, seru Salman, ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)


SubhanALLAH walhamdulillah wa laa ilahaillahha wALLAHhu akbar wa laa haula wa laa quwwata ilaa billah... Sebuah lagi cerita yang menurut hemat ana amat menyentuh hati. Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang sahabat, Salman al-Farisi sanggup berkorban demi sahabatnya, Abu Darda' dengan ikhlas dan redha walaupun khitbah beliau telah ditolak oleh gadis pilihan hati. Malah, sanggup menyerahkan segala perbelanjaan beliau untuk dijadikan mahar kahwin khas buat sahabatnya... Cerita ini telah membuktikan bahawa kasih sayang sesama sahabat lebih mengatasi dari segalanya. 

sahabat selamanya~

Bagaimana pula dengan antum, sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...???
Adakah antum tegar membiarkan orang yang dikasihi atau dicintai menjadi milik orang lain sedangkan ia sahabatmu sendiri???
Adakah antum bisa mengikhlaskan diri demi melihat kebahagiaan orang yang antum cintai??
Sanggupkah antum berkorban???

Andai sahaja perkara sebegini berlaku antara kita, ana percaya mesti ada yang bakal bermusuhan, bergaduh dan mungkin juga ada yang sanggup berbunuhan... Begitu indahnya ukhuwwah yang terjalin jika jalinan kasihnya diratib semata-mata kerana ALLAH... Kasih sayang yang terjalin dalam persahabatan hanya kerana ALLAH... Inilah indahnya kisah para sahabat Rasulullah dan sangat beruntung mereka kerana berkesempatan hidup sezaman dengan baginda. Tapi, harus diingat bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat akan siapakah mereka golongan yang bertuah. Para sahabat ada yang menjawab, "sahabat" dan bermacam-macam lagi. Lalu, Rasulullah menjawab, "Ya, betul. Kamu semua orang yang bertuah tetapi yang sebenarnya orang amat bertuah adalah orang atau ummat Islam yang berpegang teguh kepada Islam walau setelah ketiadaanku..." Jadi, amat beruntunglah kita kerana tergolong dalam golongan itu (sekiranya mempraktikkan agama Islam sebetulnya...) Ingat, jangan pernah jadikan ini sebagai satu alasan yang kita boleh sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini baik pada diri sendiri, keluarga, ad-din dan dunia. Ingat!!!

Bagi ana (sekiranya ana di posisi Salman al-Farisi), tidak salah mengorbankan kebahagiaan diri sendiri demi kebahagiaan sahabat sendiri... Tambahan pula, si "dia" belum lagi menjadi seseorang yang halal untuk dimiliki... InshALLAH, ALLAH akan mengurniakan seseorang yang lebih baik untuk berasa di sisi (pendapat peribadi buat masa sekarang ni)... Antum pula, bagaimana???

Thursday, November 4, 2010

Anugerah dan rahsia R.I.N.D.U

RINDU_Hijjaz

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


Rindu...  Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa rindu memang anugerah yang tidak terhingga nilainya yang dikurniakan oleh ALLAH ke dalam hati setiap insan. Dalam erti kata lain, kita boleh kata yang rindu tu adalah fitrah bagi setiap makhluk ALLAH yang bergelar manusia. Sebenarnya, bukan manusia je, haiwan pun ada juga. 

Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Maha suci ALLAH yang mengurniakan perasaan kepada ana. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.Ana yakin dan percaya mesti sahabat-sahabat biasa mengalami perasaan rindu nikan??? Kita sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri. Namun, seseorang muslim akan dapat merasai nikmatnya jika pandai dalam mengendali perasaan rindu ni. 

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. 

Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :

Ikhlas kepada Allah.

Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan.

Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.

Ibnu Qayyim menyatakan:

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.

Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

p/s: tapi sebenarnya ana bukanlah maksudkan rindu kepada si "dia" atau orang yang tak berkaitan dengan ana.  cuma, tiba-tiba je rasa rindu kat keluarga. tambah-tambah pula, Ipsah ni kosong je... ya ALLAH, kurniakan daku ketabahan dalam melayan rinduku kepada mereka. inshALLAH~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley