Showing posts with label sampingan. Show all posts
Showing posts with label sampingan. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

*14* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

  

 

*Yes, indeed! Without ALLAH, we are nothing. The end~


Friday, May 11, 2012

Two Years Already!!!


Assalam sahabat-sahabat. ALHAMDULILLAH 3x!!! Segala pujian hanyalah untuk ALLAH S.W.T. di atas segala nikmat yang Dia kurniakan kepada hambaNya yang hina ini. Syukur kerana masih hidup lagi masa tengah menaip ni. Mungkin belog ini akan beralih tangan atau mungkin juga dibiarkan sahaja sebab pada masa tu, tuan belog ni kembali menemui Tuannya yang Maha Esa. Two years already, ha? Hmm, cepatnye masa berlalu. Dah dua tahun rupanya Cik Aula menumpang kasih dekat belog ni. Alhamdulillah, semoga apa yang ana coretkan di belog ni mampu mengalirkan saham buat ana untuk ke sana nanti. Aamin, ya ALLAH...

Mungkin orang akan kata,

"Alahai blog ni, apalah yang best sangat. Entah! Aku pun tak tahu."
"Aduh, nyemak jelah blog ni. Budget bagus!"
"Ada apa dengan blog ni? Lebih baik tak wujudla."

Maaflah ye sahabat-sahabat yang ana kasihi, ana faham maksud antum tu. Maafkan ana tak dapat menyediakan yang terbaik untuk tatapan semua.

Kita tulis benda baik..Tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang kurangnya kita tak tulis benda2 tak baik kan?

Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang-kurangnya kita tak cakap benda2 tak baik kan?

Kita buat baik, tak semestinya kita baik..
TAPI sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?
Kita bukanlah bagus sangat..Tapi InsyaAllah..Kita menuju & 'Berusaha Untuk Menjadi Baik '.

Kita sedar tu dan inshaALLAH sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik :) Ok! Tamat sudah sesi "feeling2" ni. Tak larat tau... Huhu. Rasanya, ana tak pernah kenalkan diri dalam blog nikan? InshaALLAH, ana akan ceritakan asal-usul dan bagaimana boleh wujudnya blog ni di samping ana cerita sedikit tentang diri ana ni.

SEJARAH BLOG
Jujur ana katakan, ana tak pernah terfikir yang ana akan buat blog dan tak pernah tahu apakah itu blog? (Hang teruk!) Sehinggalah pada suatu hari (2 tahun lepas), sahabat ana Fatin Hazwani "slow talk" dan pujuk ana beria-ia untuk buat blog ni. Nama blog ni pada asalnya adalah Tinta-tinta Murobbiah tetapi dah ditukar kepada | A Caliph's Journey |. Mengapakah? Sebab blog ni sebenarnya banyak menceritakan perjalanan hidup ana sama ada suka atau duka. Begitulah alkisahnya, "simple" jekan? ^,^

Saturday, January 14, 2012

Al-Quran, oh Al-Quran.....

|sampingan|

"Sayang, tengok nih. Cantiknya al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." kata Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih." balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab. Hmm..." keluh Jamilah.

"Ala , awak bukan reti pun Bahasa Arab." jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat." tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid." sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh, baguslah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik." teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlulah beli al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik." tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak bacala." tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ar-Rahman. Ada tafsiran lagi." cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala , besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi." senyum Jamilah mengangkat bungkusan al-Quran warna ungu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya." pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk jela pakcik tu." Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua." ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin." cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Wednesday, December 28, 2011

Di Sebalik Tabir

Bismillahhirrohmanirrohim, assalamu'alaikum w.b.t.

"Beberapa muslimah bertanya perihal niqab (purdah) kepada ana melalui e-mail dan juga mesej di dalam facebook. Mahu menulis balasan pada setiap yang bertanya, panjang lebar. Maka, ana usahakan untuk berkongsi di dalam blog sebagai salah satu usaha kecil menjawab sebahagian pertanyaan mereka. Janganlah anggap apa yang bakal dinukilkan ini sebagai muktamat sebaliknya pintu perbincangan sentiasa terbuka.

Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
Logo sekolah tu takde kaitan dalam ini wayang :)
 "Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik." Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).

Hadith diatas, yang berbunyi.

"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."

Sunday, November 27, 2011

Mou iyo...!!!


Keif halukum ashabi? Lama dah tak bertegur sapa dalam blog ni. Maaf sangat-sangat ye. Banyak kali sebenarnya rancang nak membebel dalam blog ni tapi selalu terhalang sebab sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T. yang masih menghidupkan kita semua sehingga dah beralih tahun 1433H. Tadi, belek-beleklah jugak entry-entry ana yang sebelum ni. Tiba-tiba rasa macam tak sesuai je nama blog ni Tinta-tinta Murobbiah sebab ana perasan ana banyak membebel je dalam blog ni. Pok pek sana, pok pek sini. Pok pek sesaje je keme ni ye. Ops, ter"speaking" Peyghok pulak. Hehe. Ate, mana idoknye. Udoh keme punya blog, sini jela keme nak pok pek pun. InshaALLAH , pok pek yang bermanfaat. InshaALLAH, ana akan sentiasa usahakan... ^_^

Mou iyo...!!!
Nanda kore?
Doshite???
Anatawa tottemo..... Grrrr...
Michi ni mayou...!!!

Oh, sudah! Membebel dalam Bahasa Jepun pulak ye? Nak tau kali ni apa pulak sebab ana membebel? Alasan yang sama jugak seperti entry sebelum ni, Kenapa? Wajib ke...??? Mou iyo: ENOUGH...!!! Sudah-sudahlah tu nak bising-bising pasal hal ni dengan ana. Cemuihlah... Kenapa? Ana takde pun nak masuk campur hal orang lain + tak menyusahkan sesiapa pun sekiranya ana lebih memilih untuk "sendiri'. Ana bersyukur sangat-sangat ALLAH mengurniakan hidup ana sebegitu rupa. Sebab apa? ALLAH nak pelihara ana dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Kadang-kadang, ana kesal + sedih. Hina sangat ke ana di mata "mereka" ini? Penat... Sungguh, ana penat... Penat nak menghadapi orang macam ni. Penat nak bagi hujah kepada "mereka". Penat nak berdolak dalih lagi. Penat, penat sangat T_T

Nasihat Luqman:

*Bersyukurlah kepada Allah, Kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tidak sesiapa yang bersyukur, Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Thursday, October 13, 2011

Beza Antara "Enta" dan "Enti"


PERIHAL ENTA~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN???
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya sendiri yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.





Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان


*********

"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua"

~ Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan ~

*********  

 

" Akak, oh akak..."

"Ya mak, ada apa mak...???"

"Esok nak puasa dah, dah baca niat belum...???"

"Alamak, lupa pulak nak baca...

"Ha, cepat niat. Nanti tak boleh puasa pulak..."

"Mak, baca niat Bahasa Melayu je, boleh tak...??? Tak tau Bahasa Arab punya..."

"Takpe, boleh je... :)"

Sunday, July 17, 2011

Petua Merapatkan Ukhuwwah Dengan "Roommate"

Muka berserah jekan... :))
1. Setiap hari Khamis, kemas segala barang anda dan bagitau dekat "roommate" yang anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahawa tiada sesiapa di rumah. Kemas semula segala barang anda dan pergi tidur.

2. Setiap kali
"roommate"anda balik, jerit sekuat-kuat hati. "Hoooraay, kau dah balik." Selepas tu, menari dalam 5 minit. Kemudian, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Bukan ke sepatutnya kau dah blah skrg???"

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, kemudian jerit kuat-kuat. "Tolong 2x...!!! Aku dekat mana ni?" Selepas tu, lari keliling bilik anda. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidur. Esoknya, kalo
"roommate" anda bertanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil dekat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak 2x...!!!"
 
5. Beli pokok bonsai. Bercakap dan tidur dengan pokok itu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap, "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi." sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
 
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…

Tuesday, July 5, 2011

Hawa dan Pokok Semalu

Jom, sama-sama hiasi peribadi... :)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Situasi ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Tuesday, June 14, 2011

Hebat sangat ke cinta tu???

cintaku kepada yang menciptakan cinta itu sendiri, inshaALLAH


Hebat sangatkah cinta?
Atau cuma hawa nafsu semata???
Jika tiada calon,
ramai yang bertanya...
"Mengapa tidak dicari???" katanya.

Hebat sangatkah cinta?
Jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina.
Hingga agama diletak belakangnya...

Hebat sangatkah cinta?
Jika statusku single,
mereka hairan bertanya...
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya.
Jika ramai tak buat dipandang biasa...


Hebat sangatkah cinta?
Menghayati rasa yang terkandung di jiwa.
Terlahirnya sajak dan puitisnya cinta.
Lautan api sanggup diredahnya...

Tuesday, May 24, 2011

Tika Ini

Tika ini,
Bemacam-macam hal yang bemain di benakku,
Mengapakah?
Perlukah "dikau" muncul di saat aku perlukan ketenangan?
Di saat aku telah menemui kebahagiaanku sendiri,
Dan di saat aku telah menemui apa yang kuharapkan selama ini...


Tatkala fikiranku ligat mencari jawapan kepada persoalan itu,
"Dikau" hadir menambahkan beban di pundakku,
Aku tak terdaya menerima kedatanganmu,
Kumohon, silalah pergi dari hidupku.

Kadang-kadang ada perkara yang kita sukar perjelaskan,
Kadang-kadang ada perkara yang kita tidak betah kongsikan,

Monday, April 18, 2011

Dakwah Si Tudung Labuh

Bismillahhirrohmanirrohim... 
Asssalamu'alaikum W.B.T... 
Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH, Tuhan semesta alam. Terima kasih ya ALLAH kerana masih menghidupkan kami sehingga saat ini. Dah lama ana tak menyapa sahabat-sahabat, keif halukum jami'an? Harap-harap sihatlah ye dan sentiasa di dalam lindungan ALLAH, inshaALLAH... :) Kali ni ana nak post tentang "Si Tudung Labuh". Nak tahu apa ceritanya? Jom, baca sama-sama.... :)

Hujan pun turut mengerti...

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.

Tuesday, March 29, 2011

Khas untuk IMAMku...

jgn pernah kamu lupakanNya...

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Friday, March 11, 2011

Dialah Pilihan Hatiku...

pilihan...

 Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..

Wednesday, March 2, 2011

P.E.R.A.L.I.H.A.N

Assalamu'alaikum W.B.T sahabat-sahabat... Awwalan, minta maaf sangat-sangat dah lama tak "update" blog ni. Kesian dia, dah lama tuannya tak berjenguk.



Dalam mengenang rahmatMu~

Tajuk entry ana kali ni, P.E.R.A.L.I.H.A.N. Peralihan apakah yang ana maksudkan? Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada ALLAH kerana dengan izinNya jualah ana telah ditambah satu lagi angka umur ana pada 25 Februari lepas. "Apalah dia ni, dah basi kot..." Mungkin ada yang berkata begitu, tapi bagi ana hari ulang tahun atau pun hari jadi ni tak semestinya diraikan pada hari itu sahaja. Bahkan, lagi elok ana kira sekiranya kita sering mengingatkan diri bahawa sama ada pada setiap detik atau  setiap saat, umur kita bertambah seiring dengan siang berganti malam saban hari. Kenapa? Mengapa? Sebab apa?


Saturday, February 5, 2011

Jom pakat-pakat C.O.U.P.L.E!



Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak

Tuesday, February 1, 2011

ALLAH sengaja jekan???

ALLAH sengaja menduga kita...
 
Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik...

Friday, January 21, 2011

KEAJAIBAN NOMBOR-NOMBOR DI DALAM AL-QURAN

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus



Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

WASSALAM.

sumber: Maha Suci ALLAH

Monday, January 10, 2011

Muslimah Qolbi~

jihad diri...  

  Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya  walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.

  Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian. 

  Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Aku menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Assyaheeda, langsung bertanya mengenai diriku. Sejak itulah aku mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.

  Assyaheeda, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Malaysia ini; UMM. Malu aku sendiri, sedang aku yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan aku. Hujahnya mengasak-ngasak minda picikku. 

Dia hebat! Sempurna! Muslimah sejati, harapan ummat.

  Aku mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar aku bukan sekamar dengannya (*kalaulah aku dapat memohon dari dahulu)., tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, aku kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah? Masakan aku dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan “bodoh”ku? (*Sabarnya dia melayan kerenahku yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya!)

  Kata kak Wani, Assyaheeda bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Kak Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabatku itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.

  Kata kak Wani lagi, Assyaheeda tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (*Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu.) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala aku menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya.( Dia selalu mengingatkan aku; seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri, atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, aku selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.

  Misterinya sahabat yang kukasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali aku perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan aku akan berlalu sepi.

  Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Aku pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hatiku dicengkam rindu.
Ketika berita itu sampai kepadaku, aku jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila aku sedar dari pengsan, aku ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatanku diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabatku itu, dan ingatanku kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, aku pasti aku sudah lama mati.

  Berbulan lamanya aku menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabatku Assyaheeda! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hariku. Kerinduanku padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Assyaheeda menziarahiku. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.

 Ya, buku kesayangan Assyaheeda yang teristimewa.

Kekasih,
Jiwa ini seakan-akan hendak punah,
Malamku akan sepi tanpaMu,
Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu.


Kekasih,
Tak terdaya lagi serasanya,
Jiwaku seakan hendak pecah,
Rinduku padaMu membuak-buak,
Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup,
Aku rindu!
Rindu padaMu,

Kekasih,
Izinkan masa terhenti,
Supaya pertemuan kita akan terjadi…

Assyaheeda, sahabat yang paling aku kasihi. Kisahmu akan aku khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga mati kerana gila!

P/s: Macam mana? Seronok tak cerita ni? Apa iktibar yang antum boleh dapat? Apa yang ana boleh ulas, bagusnya Assyaheeda ni… Ana menggambarkan yang dia ni mesti seorang yang amat sejuk mata memandang. Percaya tak? Kadang-kadang apabila kita tengok muka seseorang tu, hati kita yang tadinya resah dan rasa nak marah kat sesiapa je, tiba-tiba sejuk bila tengok muka orang tu. Yang penting, solehahnya dia dan betapa tabahnya dia menanggung kesakitan seorang diri. Ana rasa, mesti buku biru milik dia tu tempat untuk dia meluahkan segala isi hatinya. Antum pun mesti fikir macam tukan? Tapi, yang ana musykilkan adalah asbab dia meninggal. Hmm, cuba baca perenggan terakhir tu. Mati kerana gila? Erk, musykillah pulak. Apa-apa pun, semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini betapa Assyaheeda ni sangat mencintai ALLAH dan mengabdikan dirinya hanya semata-mata keranaNya. InshALLAH…

WALLAHHU A’LAM~

Sumber: klik sini 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley