Friday, October 14, 2011

Kenapa? Wajib ke...???

 Bismillahhirrahmaanirrohim...
Segala pujian hanya untuk yang Maha Esa, ALLAH S.W.T. Hanya kepadaMu jualah tempat kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu jualah tempat kami akan kembali. Selawat dan salam rindu buat junjungan besar kekasihNya yang teragung, Nabi Muhammad S.A.W dan para mukminin mukminat yang mengikuti baginda hingga akhir zaman serta para pembaca yang dirahmati ALLAH. :)

Seperti biasa, jangan lupa ucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai tanda syukur yang kita masih dihidupkan lagi pada hari ini. Ana agak sedih hari ni sebab salah seorang sahabat tersayang terpaksa pulang ke rumah untuk sesi rawatan di hospital. Kemungkinan besar, sohabati bakal dibedah. Hmm, sangat sedih sebab tak dapat menemaninya di saat-saat getir tu. Yelah, siapa yang nak kena bedahkan? Ke ada je orang yang nak "offer" diri untuk dibedah?

Hamba ALLAH: Doktor, tolong bedah saya.
Doktor: Kamu sakit apa?
Hamba ALLAH: Saya pun tak tau saya sakit apa. Saje je, nak mengisi lapang saya.
Doktor: Ha...??? =,="

Eh, ada ke orang macam tu? Macam pelik je... Hehe... "Duhai sahabatku, sila berusaha...!!! Ana sayang enti kerana ALLAH. Semoga tabah hadapi ujian ALLAH." Akhir-akhir ni, ana perasan yang persahabatan kami sering sahaja diuji. Banyak mehnah yang telah kami semua tempuh. Tapi, apa-apa pun ana percaya bahawa itu tandanya ALLAH sayangkan kami dan telah mengukuhkan lagi ukhuwwah kami. InshaALLAH, kasih sayang antara kami takkan pudar selagi hayat dikandung badan dan bertahan hingga ke syurga. Uhibbukunna lillahhi ta'ala. Terima kasih ya ALLAH atas ujian-ujianMu itu. ^_^


Seriously... ^_^

Baiklah, sekarang kita beralih kepada tajuk entry ana kali ni. "Kenapa? Wajib ke...???" Dapat teka tak ana nak kongsi pasal apa pulak kali ni...??? Cepat teka... Hehe... Maaflah kalau ana banyak membebel ye dalam entry ni. Macam ni, akhir-akhir ni orang asyik tanya ana. (Mesti pernah kena tanya macam tukan???)


Hamba ALLAH: Aula (bukan nama sebenar), kamu dah ada orang ke belum?
Ana: Eh, saya bukan orang ke? (buat-buat tak faham, hehe)
Hamba ALLAH: Yelah, kamu tu memanglah orang. Maksudnya, kamu dah ada calon teman hidup ke? :D
Ana: Oh, yang tu ke. InshaALLAH, belum ada lagi. Kenapa?
Hamba ALLAH: La, awat takde lagi? Umur macam kamu tu patut dah ada...
Ana: Sila tunggu 30 tahun lagi ye :)
P/S: *Tips - Jawab je macam tu, lepas tu larikan diri. 
Hamba ALLAH: O_o"

Begitulah lebih kurang alkisahnya. Agak-agaknya kenapa ye? Memang dah patut ada ke calon? Sahabat-sahabat pulak rasa macam mana? Bukanlah ana bermaksud tak pernah terfikir pasal benda ni. Nampak sangat bebeno menipunye. Atenye, idokle ghope itu weyh. (ha, kan dah "speaking") Perkara nikan fitrah manusia, rasa ingin mencintai dan dicintai. Tapi bagi pendapat peribadi ana, ana anggap bila dah ada calon tu macam "couple" pulak.(berdasarkan pemerhatian terhadap "eksperimen" yang dijalankan, hehe) Yelah, macam dah ada orang coplah lebih kurang. Lagipun, kita masing-masing ada perancangan yang tersendiri. Tak salah rasanya hidup dalam keadaan me'nyingle'kan diri kita tak terikat dengan sesiapakan? (oh, tidak. kesalahan tatabahasa sudah berlaku) Senang kata, ikut keselesaan hamba ALLAH itu sendirilah. Ana percaya masing-masing ada cara tersendiri. Sekiranya anda selesa sebegitu rupa, silalah meneruskan "perjuangan" ye dengan syarat jaga batas-batas agama.(ingat dosa pahala ye )

Beberapa pendapat tentang JODOH:

1- JODOH SEBAGAI TAKDIR
“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk.”

Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud: “Jodoh di tangan Tuhan, maka ada kebenarannya. Tetepi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.


* Selalu dengar ayat macam tu bila "berpisah"... Hmm...

2- MENCARI JODOH
“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus beriktiar mencari dan memilihnya.” 

Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.


* Berusaha...!!! ^_^

3- BERIKHTIAR DAN BERTAWAKAL
“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dalam memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

a. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
b. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
c. Anak lelaki atau perempuan mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
d. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Hal ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi, masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.


* "AWAK, sila tunggu saya menghabiskan sesi "menyolehahkan diri" ye..." ^_^

Sumber: Jodoh

Comel sangat... :)

Kesimpulan: InshaALLAH, masanya akan tiba juga. Bagi ana, biarlah "DIA" tu adalah orang yang pertama dan terakhir bertakhta di hati. Sekarang, biarlah fokus ana hanya untuk ALLAH, usrati, sahabat-sahabat dan belajar (amboi, belajar pun tak habis lagi. nak menggatal pulak ye) Sahabat-sahabat pembaca, doakan ana berjaya di dunia dan akhirat ye. Shukron 'alaikum. Ok, penat dah membebel ni. Semoga kita berjumpa lagi di entry yang lain... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley