RINDU_Hijjaz
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan
Rindu...  Sesungguhnya, tidak dinafikan bahawa rindu memang anugerah yang tidak terhingga nilainya yang dikurniakan oleh ALLAH ke dalam hati setiap insan. Dalam erti kata lain, kita boleh kata yang rindu tu adalah fitrah bagi setiap makhluk ALLAH yang bergelar manusia. Sebenarnya, bukan manusia je, haiwan pun ada juga. 
Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap  sesuatu. Maha suci ALLAH yang mengurniakan perasaan kepada ana. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan  kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu  ini lebih dari itu.Ana yakin dan percaya mesti sahabat-sahabat biasa mengalami perasaan rindu nikan??? Kita sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri. Namun, seseorang muslim akan dapat merasai nikmatnya jika pandai dalam mengendali perasaan rindu ni. 
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan  terjadi. 
Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan  ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan  renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna  selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada  Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada  penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah  kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal  lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia  tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas  memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita  berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan  Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api  rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati  terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati  dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang  terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri,  tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan  berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut  benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang  yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan  orang dicintai dan diidamkan.
p/s: tapi sebenarnya ana bukanlah maksudkan rindu kepada si "dia" atau orang yang tak berkaitan dengan ana.  cuma, tiba-tiba je rasa rindu kat keluarga. tambah-tambah pula, Ipsah ni kosong je... ya ALLAH, kurniakan daku ketabahan dalam melayan rinduku kepada mereka. inshALLAH~
 
No comments:
Post a Comment