Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadis Sahih Bukhari, manakala riwayat Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Sa'id Al Khudri)
Alhamdulillah, harap-harap dosa-dosa ana yang lalu telah ALLAH ampunkan sepanjang ana demam hari tu. Semoga segala urusan hidup ana dipermudahkanNya. Ya ALLAH, terima kasih =) Lagipun, ujian yang ALLAH berikan ni taklah seberat seperti dugaan-dugaan yang ALLAH kurniakan kepada nabiyyuna, Muhammad S.A.W. Ujian yang Rasulullah lalui lagi berat berbanding kita. Kadang-kadang secara tidak sedar, kita selalu mengeluh, tak pun mengaduh macam-macam. Apa yang kita lalui ni sikit sangat-sangat berbanding dengan apa yang dilalui oleh Nabi ALLAH Ayyub a.s. yang ditimpa penyakit yang sangat kronik bertahun-tahun lamanya. Nabi Ayyub sangat sabar dan redha keadaan dirinya. Nak kata tahap kesabaran Nabi Ayyub ni sangatlah tinggi sehinggakan berdoa kepada ALLAH pun masih disertai dengan pujian-pujian yang tinggi kepada Rabnya.
ALLAHHU ROBBI, tapi itulah kita manusia, takkan pernah lari dari keadaan sebegini. ASTAGHFIRULLAH. Hebatnya Nabi ALLAH Ayyub ni. Jadi, sama-samalah kita contohi dan teladani sifat terpuji ni serta amalkan dalam kehidupan seharian. InshaALLAH, semoga ada berkatnya. Sebenarnya, banyak pengajaran yang ana timba selama ana demam ni. Pertama, ana beberapa kali sesak nafas masa terjaga dari tidur ibarat orang yang nazak. Memang masa tu, ana agak risau dan fikiran ana berkecamuk. Ana tanya pada diri, ya ALLAH dah tiba ke masa hambaMu ini ya ALLAH? Nak bernafas pun susah dan dada rasa berombak seketika. Banyak yang ana fikir masa tu, ya ALLAH hambaMu ini belum bersedia lagi. Banyak kekurangan dan cacat cela dalam amalan nafsi. Nak menjerit minta tolong pun, takdak orang masa tu. "Roommate" dan jiran-jiran tetangga pi kuliah =D, memang ana bertawakal setawakalnya masa tu. ALHAMDULILLAH, ALLAH masih beri ana peluang untuk meneruskan mujahadah di bumiNya ini dan berkongsi pengalaman ni dengan sahabat-sahabat. Memetik kata-kata Imam Syafi'e *kalau tak silap ana, kita masih dihidupkan lagi pada hari ini untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. ASTAGHFIRULLAH. Jadi, bersyukurlah kita kerana ALLAH masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat kepadaNya. Jangan sia-siakan peluang dan kesempatan yang diberikan ye. Peringatan untuk ana juga =)
Kedua, masa ana demam ni jugaklah ana bermimpi satu mimpi yang bagi ana amat aneh. Ana berada di suatu tempat yang suasananya ala-ala Palestin dan ada peperangan yang berlaku masa tu. Tentera rejim zionis banyak tak terkira merata-rata di setiap tempat membunuh umat Islam tanpa segan silu. Apa yang menyedihkan, ada ahli kerabat keluarga ana turut terkorban di tangan Yahudi laknatullah tu. ALLAH ALLAH ALLAH, berat rasa bahu memikul rasa sedih tak terkira melihat saudara senasab meninggal di depan mata sendiri. Ana tak pasti macam mana ana sempat selamatkan diri dan walidaini masih selamat lagi masa tu. Ana dengan lagak ibarat mujahidah berusaha menyembunyikan ahli keluarga dan penduduk setempat menyelamatkan diri di bawah satu tempat. Tiba-tiba, ada tentera yang perasan masa ana nak bergerak ke tempat lain dan senapangnya disuakan ke arah ana. Kedengaran suara walidaini menjerit. Dan??? Ana terus terkejut dan bangun dari tidur sambil tertanya-tanya apa maksud mimpi ni dan beristighfar. ASTAGHFIRULLAH. Ana ada bertanya sahabat-sahabat apa maksud mimpi ana tu. Ada yang kata, mungkin sebab mainan tidur dan tak kurang juga ada yang kata mungkin sudah tiba masanya untuk ana berjuang menegakkan Islam dengan sebenar-benarnya. ALLAHHU AKBAR! Hanya Dia yang Maha Mengetahui di atas segala sesuatu.
mimpi baik vs mimpi buruk =) |
Shafakillah Ya Ukhti. Jaga kesihatan, dengan kekuatan yang ada dapat memudahkan kita untuk beribadah inshaAllah. Kesakitan dari Allah. Moga Allah datangkan kesembuhan yang sepenuhnya buat ukhti :)
ReplyDeleteCik Kidal tomey: InshaALLAH, ukhti pun sama na. Jaga kesihatan tu nolek-molek deyh. Shukron 'ala du'a. =)
ReplyDelete*Cukuplah sakit tu memberi peringatan kepada diri ini =)
Sungguh bersangka baik dgn tuhan.. Masya Allah .
ReplyDeleteKesian nya akak aku nie.sakit plak.Jgn lupa makan ubat yew...
ReplyDelete