Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 H




Salam Maulidur Rasul 1434 H kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Rasulullah lahir pada hari Isnin kan? Harap-harap ada barakahnya buat ana juga =) *eh? tiba2 Bagi sahabat-sahabat yang ada kelapangan masa terutamanya yang berada di Kedah, jom pakat ramai-ramai pi ke Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah. InshaALLAH, ana pun akan menghadirkan diri ke sana bersama sahabat-sahabat muslimat ana. Banyak aktiviti menarik menanti, antaranya:
  
- Majlis pembukaan sambutan Maulidur Rasul dengan Solat Dhuha dan Selawat Sidi Ahmad Badawi 100 Kali (Khamis 8.00 pagi 24 Januari 2013 )
- Pengkisahan Saat Kelahiran Baginda SAW oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa ( Khamis 8.00 malam 24 Januari 2013 ) serta selingan qasidah
- Tazkirah / Kuliah Oleh Ustaz Abdul Hamid Tahir dan Ust Abdul Majid (Derang)
- Kuliah Perdana oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun bin Din
- Festival Qasidah Kerinduan Rasulullah ( Jumaat 23 Januari - 8.00 malam )
- Program Anak-Anak berselawat
- Berzanji/Marhaban/Burdah/Bacaan Maulid Dhi'ul Lami'
- Program Muslimat Berselawat.
- Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.




Seriously, pengisian yang sangat menarik terutamanya kepada mereka si pencinta Rasulullah. InshaALLAH, dengan izin ALLAH jua program macam ni boleh melembutkan hati-hati kita yang keghaih teghuk tu kembali kepada fitrahnya. Bagi ana, sangatlah rugi kalau tak pi. Apa tunggu lagi, pakat pi ramai-ramai tau! Memetik kata-kata al-Habib Omar *kalau tak silap ana, malam lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. lebih afdhol diraikan dari malam lailatul qadr kerana kalau tidak ada Rasulullah S.A.W., maka tidak ada para Nabi, tidak ada para malaikat, tidak ada manusia, tidak ada solat, puasa, alam semesta, semuanya ada kerana adanya Rasulullah S.A.W. Maka, sewajibnya malam lahirnya Rasulullah S.A.W. diperingati dengan selawat kepada baginda di samping menjunjung tinggi syariatnya...

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” ~Hadith Riwayat An-Nasa’i~

Selain daripada kita berselawat, ada juga alternatif lain untuk mengingati baginda iaitu dengan berqasidah. Banyak lirik qasidah yang kita boleh baca pada bila-bila masa ja. Di negeri tarbiyah nilah sejujurnya ana katakan yang ana berkenalan dan jatuh cinta pada qasidah pada pertama kali ana dengar. Kalau kita hayati betul setiap bait qasidah ni, ALLAHHU AKBAR kita mampu menitiskan air mata dan rasa syahdu tak terkira. ALHAMDULILLAH! ALLAH dah rancang yang sebaiknya untuk ana walaupun hati sangat-sangat memberontak tak nak menerima tawaran belajar di sini. ALHAMDULILLAH! Banyak yang ana pelajari di sini. Nak tau qasidah tu macam mana? Sahabat-sahabat bolehlah  tengok di "Youtube". Tak pun, mai Majlis Lantunan Mahabbah =)

Wa akhiron, ana nak kongsi satu doa yang Syeikhuna Zainul Asri sarankan kita baca selepas setiap kali usainya solat.

"ALLAHHUMA JA'ALNA MIN AHLI SYAFA'ATI SAIYIDINA MUHAMMAD S.A.W." 

Maksudnya: Ya ALLAH, jadikan kami daripada mereka yang mendapat syafa'at Nabi Muhammad S.A.W.





Salam mahabbah,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley