Bismillahhirrohmanirrohim. ALLAHhumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim. Asyhadu allaa ilaa haillah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Alhamdulillah, masih bernafas di tempat persinggahan sementara ciptaan ALLAH ini. Terima kasih ya ALLAH sudi meminjamkan oksigen kepada hambaMu ini untuk tumpang bernyawa di bumi ini. Alhamdulillah, dah selamat sampai di IPSAH tercinta untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan memburu segulung ijazah yang hanya berbaki 2 tahun lagi. (
) Doakan ana ye sahabat-sahabat, shukron. InshaALLAH, entry kali ini ana nak kongsi satu lagi travelog ana bermusafir ke? Jeng 3x! Sabaq na, sat gi sahabat-sahabat taula ana dah pi mana masa cuti sekolah baru-baru ni. Baiklah, entry ini bermula. Sila "nikmati" gambar-gambar di bawah =)
AMARAN KERAS: Entry ni sangat panjang, sekian.
|
eh? di manakah? |
|
my aunties and uncle |
|
ana di LCCT tapi nak pi mana?? |
|
yeah, ready to go! |
|
yang dihitamkan tu org tau *jaga aurat sesama kita ^_^ |
|
selama ni tengok dekat gambar je, hari tu alhamdulillah =) |
|
tangan pun boleh, hihi |
|
the starting point |
|
here we go! dusyummmm... |
|
selamat tinggal! |
|
macam tengok google map je.. |
|
cantik awan-awan ni macam gula-gula kapas *rasa nak makan je |
|
yeaahh! rombongan cik kiah udoh sampei tapi dekat mana? |
|
yokouso to meoww Kuching |
|
kaki gergasi =,=" |
|
que please |
|
toche2 =) |
|
unikkan baju ni? |
Alkisahnya ana sekeluarga bermusafir ke Kuching, Sarawak pada 30 November tahun lepas. Buat apa? Cuba tenang baju dekat atas ni lama-lama dan pikiaq sat. Dah dapat teka? Alhamdulillah, kami ke sana untuk menyatukan dua hati yang terpaut, ke sana kami menyeberang laut, hajat si teruna dara segera diturut, moga redha ALLAH sama mengikut. Alhamdulillah, abang ana telah selamat diijabqabulkan dengan pasangannya pada hari tu jugak di Matang Jaya. Sebaik je sampai dekat Chesu Homestay, memang kelam-kabutlah dok siap-siap sebab abang nak nikah petang tu. Selesai saja nikah dan makan-makan, kami sekeluarga pilah bersiar-siar sekitar Kuching.
Hmm, cakap pasal Chesu Homestay ni, memang hebak daebaklah. Masuk-masuk je rumah tu, rasa nak tinggal terus dekat situ. SubhanALLAH, memang besar dan sangat-sangat berpuas hati. Harga sewa satu hari= RM 230. Rumah dua tingkat, 4 buah bilik, toto-toto tambahan, kain telekung, kain batik, kain pelikat, ada mesin basuh, dapur, besi bergerak penyidai baju, ruang tamu yang sangaaatt luas dilengkapi sofa dan tv, perkakas memasak yang hampir "
complete" dan tak jauh sangat dari "
airport" (dalam 20 minit kalau tak silap dan tak "
jam"). Rasa macam dok tinggal dekat rumah sendiri je. Kenderaan je takdak, hehe. Apa susah, sewa jelakan? Wah wah wah, adakah ini petanda bakal "
posting" ke situk? Jom! Siapa nak, sila angkat tangan macam Usop Wilcha =D Mak kata kalau dapat "
posting" dekat situ takpela, kalau kena "
posting" dekat tempat yang nak pi sekolah pun kena naik bot macam mana?
*Alamak, gulp! Jadi, sekiranya sahabat-sahabat ada merancang nak pi jalan-jalan
cari pasal dekat Kuching tu bolehlah cuba menginap dekat situ. InshaALLAH dijamin puas hati. Nak "
contact" macam mana? Silalah rajin-rajinkan diri "
search" di muka buku. Gambar
"
homestay"? Tengok dekat "
page" fb ye, kalau "
post" dekat sini memang bertambah-tambah panjangla "
entry" ni. Ok, penat dah bebel. Sila sambung tengok gambo ye. ^_^
|
Bangunan DUN Sarawak dibina menggunakan idea 7 orang jurutera berdasarkan kaum di Sarawak *kalau tak silap |
|
Astana kediaman Yang Dipertua Sarawak |
|
akibat terlupa nak "zoom out" =D |
|
Koboi Bote |
|
gonna eat here at the top |
WERE our dinner on that night, nyum3
|
ketam yang besar |
|
udang yang sangat galaaahhh |
|
paku midin bukan mydin ye =D |
|
ikan bawal if i'm not mistaken |
|
ambal |
|
tebu asam boi??? |
Keesokan harinya, 1 Disember 2012 *pak pak kembung kembung
|
pukul 6.10 pagi tapi dah macam pukul 7 di semenanjung |
|
taraaa...!!! our bride and groom. barakallahhu lakuma wa jama'a bainakuma filkhoir =) |
Aktiviti hari ni banyak dihabiskan di rumah kakak ipar dari pagi sampailah ke malam.
*penat, pfftt
2 Disember 2012 *last day
|
Selamat pagi Pasar Serikin! |
|
cantikkan? |
|
SubhanALLAH ^_^ |
|
Ikan masin terubuk Pasar Satok |
|
mahu pulang sudah T_T |
|
ready to leave..!!! |
|
dalam perjalanan nak balik rumah |
ALHAMDULILLAH, pengalaman yang sangat-sangatlah bermakna dalam hidup ana. Kenapa?
Pertama: Ana ni jenis penggayat orangnya.
"Even" nak naik dan turun
"escalator" sekalipun, ada syarat-syarat dikenakan.
*Untunglah ana dapat sahabat-sahabat yang sangat memahami, sayang hangpa! ^_^ Jadi, bila dapat tau nak pi Sarawak tu memang "
excited" tahap kemain lagi. Tapi!
KAPAL TERBANGlah pulak! Aiyoyo. Mula terbayang macam-macam. Lepas tu, mulalah buat "research" dengan bertanya banyak soalan kepada mereka yang pernah naik kapal terbang, lagaknya macamlah ana nak buat tesis. Lama-lama ana fikir, kalau tak sekarang bila lagikan? Dengan semangat berkobar-kobar ibarat tak sabaq nak habis belajaq dekat IPSAH ni, ana pun
CABAR diri. Terbukti! Sebenarnya tak rasa gayat pun masa kapal terbang dok gerak, cuma rasa pening sikit-sikitla.
Kedua: Dapat banyak pengalaman baru. Yes, seriously! Dapat kenal dan lawat tempat-tempat baru, kenal serba sedikit budaya dan perilaku orang di sana. Contoh? Orang Sarawak sangatlah berhemah ketika memandu, tak seperti di KL, bunyi hon merata. Selain tu, orang lelaki akan memakai baju Melayu semasa ke majlis walimatul urus dan kereta pengantin akan dihias comey-comey. Kalau di Semenanjung, selalunya kereta yang dihias ni orang bukan Islam je yang buatkan? Tapi sebaliknya di Sarawak, bahkan orang sangat teruja kalau nampak kereta-kereta berhias ni. Bukti? Masa tu ana serombongan dalam perjalanan nak ke Pasar Serikin, 1 van dan 2 kereta (salah satunya kereta kakak ipar ana). Jalan punya jalan sampailah ke satu "
round about"
*kalau tak silap kereta kakak ipar ana dipotong dengan rakusnya oleh satu kereta.
*round about di Sarawak sangatlah luas bulatannya, boleh bina satu dua rumah dekat situ Ada budak Cina dok huloq kepala semata-mata nak tengok pengantin dalam kereta tetapi masuk balik ke dalam kereta dengan muka yang sangatlahhh hampa, muka cebik tak kira. Sebab nampak yang dok dekat "
seat" belakang tu adalah emak abah ana =D Abang ana jadi "driver" dan kakak ipar ana dok sebelah. Memang gelak dekat emak abah kaw kawlah masa tu bila dengar.
*alamak! rindu pulak
Ketiga: It was a USRATI trip! Sambil menyelam, minum ayorla katakan. I was the only child in my family
*excluded my bro coz he was busy with his new life, takmo kaco that joined this rombongan Cik Kiah yang seramai 18 orang. Jadi, masa nilah dok manja-manja dengan emak abah. Jalan sama-sama, tangkap gambar sama-sama, gelak sama-sama, makan sama-sama, care of each other
*touched! It was really a GREAT MEMORIES to me! Sangaaaatttt indah! Merenung kekuasaan ALLAH sambil mentadabbur alamNya membuatkan ana terfikir apa yang ana lihat ni hanya sedikit dari seisi muka bumi. ALLAHHU AKBAR! Ya ALLAH, sungguh hambaMu ini terharu dan bersyukur sangat-sangat dikurniakan walidaini sebegini rupa. Bagiku hanya JannahMulah tempat selayaknya bagi mereka. I felt BLESSED! InshaALLAH, angan-angan seterusnya nak pi umrah atau haji dengan mereka yang tersayang. Aaamiiinnn.... =)
Mungkin ada yang akan kata, "
Eleyh, macamlah kau sorang je yang pernah pi Sarawak dengan kapal terbang." Haip 2x! Cerita perjalanan setiap hambaNya berlainan kan? Tak semua akan merasa apa yang kita rasa. Jadi atas dasar itulah, ana nak kongsikan sebaik mungkin apa yang ana dapat dan sebab itulah berpuluh-puluh gambar ana "
upload". Mungkin ini kali terakhir ana dapat pengalaman macam ni? Siapa tahukan? Dah blog pun "
A Caliph's Journey" =)
Sebagai penutup, renungan buat semua termasuk ana yang faqirah lagi hina di sisiNya ^_^...
"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati
yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar?
Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati
dalam dada." (Surah Al-Hajj, ayat 46)
No comments:
Post a Comment