|  | 
| sahabat selamanya~ | 
Friday, November 5, 2010
~Apabila Kutolak Khitbahmu...~
Bismillah...
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...
Salman  Al Farisi memang sudah waktunya menikah.Seorang wanita Ansar yang  dikenalnya sebagai wanita mukminah lagi solehah juga telah mengambil  tempat di hatinya. Tentu saja bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai  sebuah pilihan dan pilihan yang dirasa tepat. Pilihan menurut akal  sihat. Dan pilihan menurut perasaan yang halus, juga roh yang suci.
Tapi  bagaimanapun, ia merasa asing di sini. Madinah bukanlah tempat  kelahirannya. Madinah bukanlah tempatnya tumbuh dewasa. Madinah memiliki  adat, rasa bahasa, dan rupa-rupa yang belum begitu dikenalnya.Ia  berfikir, melamar seorang gadis pribumi tentu menjadi sebuah urusan yang  pelik bagi seorang pendatang. Harus ada seorang yang akrab dengan  tradisi Madinah berbicara untuknya dalam khitbah.
Maka  disampaikannyalah gelegak hati itu kepada sahabat Ansar yang  dipersaudarakan dengannya, Abud Darda’. ”Subhanallaah..  walhamdulillaah..”, girang Abud Darda’ mendengarnya. Mereka tersenyum  bahagia dan berpelukan. Maka, setelah persiapan dirasa  cukup,beriringanlah kedua sahabat itu menuju sebuah rumah di penjuru  tengah kota Madinah. Rumah dari seorang wanita yang solehah lagi  bertaqwa.
”Saya adalah Abud Darda’, dan ini adalah  saudara saya Salman seorang Persia. Allah telah memuliakannya dengan  Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia  memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sampai-sampai  beliau menyebutnya sebagai ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili  saudara saya ini melamar puteri Anda untuk dipersuntingnya.”, fasih Abud  Darda’ bicara dalam logat Bani Najjar yang paling murni.
”Adalah  kehormatan bagi kami”, ucap tuan rumah, ”Menerima Anda berdua, sahabat  Rasulullah yang mulia. Dan adalah kehormatan bagi keluarga ini  bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak  jawab ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami.” Tuan rumah memberi  isyarat ke arah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan  segala debar hati.
”Maafkan kami atas  keterusterangan ini”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang  bicara mewakili puterinya. ”Tetapi kerana Anda berdua yang datang, maka  dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak  pinangan Salman. Namun jika Abud Darda’ kemudian juga memiliki urusan  yang sama, maka puteri kami telah menyiapkan jawaban mengiyakan.
Jelas  sudah. Keterusterangan yang mengejutkan, ironis, sekaligus indah. Sang  puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!Itu  mengejutkan dan ironis. Tapi saya juga mengatakan indah kerana satu  alasan; reaksi Salman. Bayangkan sebuah perasaan, di mana cinta dan  persaudaraan bergejolak berebut tempat dalam hati. Bayangkan sebentuk  malu yang membuncah dan bertemu dengan gelombang kesedaran; bahwa dia  memang belum punya hak apapun atas orang yang dicintainya. Mari kita  dengar ia bicara.
”Allahu Akbar!”, seru Salman,  ”Semua mahar dan nafkah yang kupersiapkan ini akan aku serahkan pada  Abud Darda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
(Sergapan Rasa Memiliki, Salim A Fillah, Jalan Cinta Para Pejuang)
SubhanALLAH walhamdulillah wa laa ilahaillahha wALLAHhu akbar wa laa haula wa laa quwwata ilaa billah... Sebuah lagi cerita yang menurut hemat ana amat menyentuh hati. Cerita ini mengisahkan bagaimana seorang sahabat, Salman al-Farisi sanggup berkorban demi sahabatnya, Abu Darda' dengan ikhlas dan redha walaupun khitbah beliau telah ditolak oleh gadis pilihan hati. Malah, sanggup menyerahkan segala perbelanjaan beliau untuk dijadikan mahar kahwin khas buat sahabatnya... Cerita ini telah membuktikan bahawa kasih sayang sesama sahabat lebih mengatasi dari segalanya. 
Bagaimana pula dengan antum, sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...???
Adakah antum tegar membiarkan orang yang dikasihi atau dicintai menjadi milik orang lain sedangkan ia sahabatmu sendiri???
Adakah antum bisa mengikhlaskan diri demi melihat kebahagiaan orang yang antum cintai??
Sanggupkah antum berkorban??? 
Andai sahaja perkara sebegini berlaku antara kita, ana percaya mesti ada yang bakal bermusuhan, bergaduh dan mungkin juga ada yang sanggup berbunuhan... Begitu indahnya ukhuwwah yang terjalin jika jalinan kasihnya diratib semata-mata kerana ALLAH... Kasih sayang yang terjalin dalam persahabatan hanya kerana ALLAH... Inilah indahnya kisah para sahabat Rasulullah dan sangat beruntung mereka kerana berkesempatan hidup sezaman dengan baginda. Tapi, harus diingat bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat akan siapakah mereka golongan yang bertuah. Para sahabat ada yang menjawab, "sahabat" dan bermacam-macam lagi. Lalu, Rasulullah menjawab, "Ya, betul. Kamu semua orang yang bertuah tetapi yang sebenarnya orang amat bertuah adalah orang atau ummat Islam yang berpegang teguh kepada Islam walau setelah ketiadaanku..." Jadi, amat beruntunglah kita kerana tergolong dalam golongan itu (sekiranya mempraktikkan agama Islam sebetulnya...) Ingat, jangan pernah jadikan ini sebagai satu alasan yang kita boleh sewenang-wenangnya melakukan kerosakan di atas muka bumi ini baik pada diri sendiri, keluarga, ad-din dan dunia. Ingat!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

 



 
 


 

 


 
 

















No comments:
Post a Comment