PERIHAL ENTA~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala  dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena  tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum  berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya  dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya  terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya  perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya  kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN???
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.  Walaupun begitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih  lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang  daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya  dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya  sendiri yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu,  kalau tak tahu kena jadi perempuan. 
PERIHAL ENTI~
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin  dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak  sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang  dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada  isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita  kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada  lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya???
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan  ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan  dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya  3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? 
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi  milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala  lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri  dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh  makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah  syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
- Ibunya
- Isterinya
- Anak Perempuannya
- Saudara Perempuannya
Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:
- Suaminya
- Ayahnya
- Anak lelakinya
- Saudara lelakinya
*Ana pun pernah "post" pasal 
4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Neraka, jadi boleh klik untuk makluman lanjut. :)
Seseorang wanita boleh memasuki  pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila  wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
- Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
- Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
- Taat Kepada Si Suaminya
- Menjaga Kehormatan Dirinya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika  taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan  turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah  tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita...
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi  seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah  istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu  menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita  sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita  dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.
Kesimpulan: Kaum Adam dan Hawa  sememangnya diciptakan dalam keadaan yang unik. Adam dengan ciri-ciri  yang hanya ada pada Adam, manakala Hawa pula diciptakan oleh ALLAH  dengan ciri-ciri yang hanya sesuai untuk Hawa tidak kira di mana-mana  pun kita berada di muka bumi ALLAH ini. Ingatlah kamu wahai kaum Adam,  ALLAH menciptakan kamu bukanlah untuk dipersia-siakan kewujudan kamu.  Bahkan, kamu sememangnya telah ditaklifkan oleh ALLAH S.W.T. dengan  masuliyyah yang amat besar dalam meneruskan hidupmu. Tanggungjawab  sebagai seorang ketua, tanggungjawab sebagai seorang khalifah,  tanggungjawab sebagai seorang dai'e, tanggungjawab sebagai seorang anak,  suami dan ayah kepada anak-anakmu sendiri. Ketahuilah olehmu bahawa  ALLAH telah berfirman di dalam Surah an-Nisa' ayat 34:
"Arrijaalu qowwamuuna 'alannisa..."
Maksudnya: Lelaki itu pelindung bagi wanita...
Jadi,  di sini sudah jelas ditekankan bahawa Adam dipertanggungjawabkan untuk  menjaga dan melindung Hawa sebaik-baiknya. Maka, wahai Hawa. Ingatlah  kamu juga turut bertanggungjawab untuk menjaga dirimu juga. Ana teringat  sebuah cerita akan cara bagaimana untuk melihat keadaan sesebuah  kelompok itu. Maka, lihatlah akan keadaan kaum Hawanya sendiri. Apa yang  kita boleh faham dari sini ialah Hawa sendiri telah menggambarkan  secara keseluruhan sesebuah kelompok itu. sebagi contoh, dari segi  akhlak Hawa sendiri. Sekiranya elok akhlaknya, maka eloklah akhlak Adam juga. 
* Harap-harap boleh faham, bagitahu na kalau tak faham. InshaALLAH, ana boleh terangkan semula. Mari sama-sama pelihara diri. InshaALLAH, setakat ini sahaja pertemuan kita. Ma'assalamah wa ilal liqo'  ^_^
Sumber dari: 
Bezanya Antara Lelaki dan Wanita
 
No comments:
Post a Comment