Wednesday, December 26, 2012

*14* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

  

 

*Yes, indeed! Without ALLAH, we are nothing. The end~


Saturday, December 22, 2012

My Sweeties

Bismillahhirrohmanirrohim, alhamdulillah ala kulli hal. Alhamdulillah, banyak jugak nikmat yang ALLAH dah bagi dekat kitakan? Banyak sangat sampai tak terhitung segala pemberianNya. Antaranya dapat baby baru lagi, alhamdulillah ^_^ Seronok sebenarnya bila ada baby ni. Memang tak dinafikan yang kadang-kadang rasa penat dan letih tu ada tapi kepuasan yang kita dapat tu yang penting. Lagipun, bukan selalukan? Hehe. Eh, kejap2. Jangan salah sangka ye, baby yang dimaksudkan tu adalah anak-anak sedare. Tumpang kasih sayang dan perhatian. Alhamdulillah, buat masa ni dah ada dua orang permata hati pengarang jantung bagi keluarga Atok Mior dan Opah Faizah ni. Intan payung yang pertama ialah... (drumroll + bunyi petir sikit, hehe) Cik Marissa 'Alyah binti Mior Mohd Hafiz yang dilahirkan pada 16 Februari 2011. Alkisah namanya diberi oleh aciknye yang osem ni. InshaALLAH harap-harap pemilik nama yang bermaksud sopan-santun yang tertinggi ini menjadi 'abidahNya yang solehah, taat kepada ibu bapanya, setia kepada ajaran Rasulullah dan takutkan azab Rabbnya serta bakal menjadi mawar berduri ad-deennya yang tercinta. Aameenn...!!! Nak tengok gambar budak comot ni? Sila lihat di bawah ye... ^_^

Assalamu'alaikum semua, sayalah si bam bam Caca. Selamat berkenalan *^,^*
Gambar ni tak silap masa raya tahun lepas dan Caca masa ni umur dia lebih kurang 7/8 bulan. Masa ni jugaklah kami sekeluarga buat julung-julung kalinya pertama kali beraya hari raya pertama di Batang Kali. Selalunya balik beraya dekat Bote Kiri yang tercinta. Almaklumlah abang-abang dah ada keluarga masing-masing. Jadi, disebabkan nak jugak beraya sama-sama pada hari raya pertama, kami pun sepakat raya dulu dekat rumah sebelum masing-masing bermusafir mengikut haluan masing-masing. Sob 3x. Inilah yang dinamakan kehidupan! Teruskan perjalanan dan pasakkan semangat, yeah! Eh, apa ni? =,=" Si Caca ni memang aktif orangnya sejak kecil lagi. Bukti? Antaranya ade dekat bawah ni.

Nasihat: Psst! Video ni agak rare untuk menjadi bahan tontonan. Jika anda berani, sila teruskan niat anda. Jika sebaliknya, kena tengok jugak! Hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley