![]() | |
Wednesday, October 19, 2011
*2* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ
Friday, October 14, 2011
Kenapa? Wajib ke...???
Bismillahhirrahmaanirrohim...
Segala pujian hanya untuk yang Maha Esa, ALLAH S.W.T. Hanya kepadaMu jualah tempat kami mengabdikan diri dan hanya kepadaMu jualah tempat kami akan kembali. Selawat dan salam rindu buat junjungan besar kekasihNya yang teragung, Nabi Muhammad S.A.W dan para mukminin mukminat yang mengikuti baginda hingga akhir zaman serta para pembaca yang dirahmati ALLAH. :)Seperti biasa, jangan lupa ucapkan "ALHAMDULILLAH" sebagai tanda syukur yang kita masih dihidupkan lagi pada hari ini. Ana agak sedih hari ni sebab salah seorang sahabat tersayang terpaksa pulang ke rumah untuk sesi rawatan di hospital. Kemungkinan besar, sohabati bakal dibedah. Hmm, sangat sedih sebab tak dapat menemaninya di saat-saat getir tu. Yelah, siapa yang nak kena bedahkan? Ke ada je orang yang nak "offer" diri untuk dibedah?
Hamba ALLAH: Doktor, tolong bedah saya.
Doktor: Kamu sakit apa?
Hamba ALLAH: Saya pun tak tau saya sakit apa. Saje je, nak mengisi lapang saya.
Doktor: Ha...??? =,="
Eh, ada ke orang macam tu? Macam pelik je... Hehe... "Duhai sahabatku, sila berusaha...!!! Ana sayang enti kerana ALLAH. Semoga tabah hadapi ujian ALLAH." Akhir-akhir ni, ana perasan yang persahabatan kami sering sahaja diuji. Banyak mehnah yang telah kami semua tempuh. Tapi, apa-apa pun ana percaya bahawa itu tandanya ALLAH sayangkan kami dan telah mengukuhkan lagi ukhuwwah kami. InshaALLAH, kasih sayang antara kami takkan pudar selagi hayat dikandung badan dan bertahan hingga ke syurga. Uhibbukunna lillahhi ta'ala. Terima kasih ya ALLAH atas ujian-ujianMu itu. ^_^
Labels:
cinta,
coretan rasa hati,
insan tercinta,
sahabat~
Thursday, October 13, 2011
Beza Antara "Enta" dan "Enti"
PERIHAL ENTA~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN???
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN???
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya sendiri yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Wednesday, October 12, 2011
*1* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ
Tuesday, October 11, 2011
Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi
Bismillahhirrohmanirrahim...
Alhamdulillahhi robbil 'alamin wassolaatu wassalaamu 'ala ashrofil anbiyaa iwal mursalin wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in.
Segala pujian hanya untuk yang memberi kita untuk terus hidup sehingga saat ini. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. Sollu 'alaih. Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang dikasihi, keif halukum? Arju 'alaikum bissihhat wal 'afiyah daiman, inshaALLAH... Awwalan, ana asifah jiddan jiddan sebab dah lama tak "menyemakkan" diri dalam blog .: Tinta-tinta Murobbiah :. ni. Maaf sangat-sangat. Bukannya tak nak update tapi sebab tak tau nak update apa. Lagipun, banyak hal yang mesti diutamakan dahulu. Jadi, inilah masa yang dapat dicuri. ^_^
InshaALLAH, ana nak berkongsi tentang "Kisah Lelaki, Kucing dan Ahli Sufi" untuk "entry" kali ni. Sila baca kisah ini dengan penuh penghayatan denga berlatar belakangkan lagu blog ana ni ye... Selamat membaca... :)
![]() |
| Auchak...!!! |
Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini...???"
Labels:
coretan rasa hati,
muhasabah,
tazkiyyatun nafs
Friday, August 12, 2011
Alamak, "Kredit" Kurang...!!!
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان
"Testing" 2x
Percubaan suara, 1, 2, 3...
Uhuk 2x.
SubhanALLAH 3x... =))
Percubaan suara, 1, 2, 3...
Uhuk 2x.
SubhanALLAH 3x... =))
Alhamdulillah, elok dah suara ni. Biasalah suara pagi 2x ni kadang-kadang tak berapa betul sangat. Jadi, kenalah betulkan dulu mana-mana "pitching" yang sudah melarikan dirinya itu. Maaflah ye. Hehe...
Apa khabar sahabat-sahabat ana pagi ni?
Bangun sahur tak pagi tadi?
Ha, apa...???
Tak bangun...???
Pasai pa tak bangun...???
Tak sempat nak menyedarkan diri...???
Takpa 2x, kita senasib pada 3 hari yang lepas...
La tahzan ye, teruskan perjuangan kita dengan penuh semangat.
BERUSAHA...!!! =))
Bangun sahur tak pagi tadi?
Ha, apa...???
Tak bangun...???
Pasai pa tak bangun...???
Tak sempat nak menyedarkan diri...???
Takpa 2x, kita senasib pada 3 hari yang lepas...
La tahzan ye, teruskan perjuangan kita dengan penuh semangat.
BERUSAHA...!!! =))
Alamak, "Kredit" Kurang...!!! Apakah itu???
InshaALLAH, kali ni ana nak kongsi ilmu tentang "Amalan-amalan Muslimah di Bulan Ramadhan". Walau bagaimanapun, tidaklah bermakna sahabat-sahabat muslimat kena ikut betul-betul seperti yang tertera di "entry" ni. Anggaplah "entry" ini sebagai salah satu cadangan sahaja. Sahabat-sahabat muslimin pun boleh amalkan apa-apa yang patut. Sebelum itu, ana minta maaf sangat-sangat sekiranya ada perkataan yang tidak dapat difahami sebab sumber asalnya dalam Bahasa Indonesia. Jadi, bapak-bapak dan ibu-ibu, maafin Aula ya... ^_^
Monday, August 1, 2011
Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان
*********
"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua"
~ Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan ~
*********
" Akak, oh akak..."
"Ya mak, ada apa mak...???"
"Esok nak puasa dah, dah baca niat belum...???"
"Alamak, lupa pulak nak baca...
"Ha, cepat niat. Nanti tak boleh puasa pulak..."
"Mak, baca niat Bahasa Melayu je, boleh tak...??? Tak tau Bahasa Arab punya..."
"Takpe, boleh je... :)"
Labels:
coretan rasa hati,
lirik lagu kesukaan,
sampingan
Subscribe to:
Posts (Atom)










