Wednesday, October 31, 2012

*13* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

 



Bismillahhirrahmanirrahim...

Wahai BAKAL JENAZAH! 
Bersegeralah kamu ke arah kebaikan yang... 
Lebih mendekatkan kamu kepadaNya, 
Membuatkan kamu lebih mengingati akhiratNya,
Menjadikan kamu damai pada duniaNya...
ASTAGHFIRULLAHHAL 'AZIM...

P/s: Alamak! Terlanggar janji lagi. Ish 3x! *geleng-geleng kepala banyak kali*



Sunday, October 28, 2012

Jom Cuci!

Tanya diri dulu...


Muhasabah banyak2. Siapa kita? Siapa Rasulullah...???
 
Jangan lari dariNya...

Friday, October 26, 2012

Back


Bismillahhirrohmanirrohim, assalamu'alaikum sahabat2. Sihat? Eh, kejap ye. (Ya ALLAH, banyaknya sawang dekat blog ni. Fuh 3x! *sambil selawat sikit2* Alhamdulillah, bersih sudah. Hoyyeah! ^_^) Maaflah ye, lama sangat terbior kamu ye encik blog. Maaf sangat, kesian kamu. Tuan jenis apele keme ni ye. So sorry! Forgive me eh, hihihi. Sebelum terlupa, ana nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Maaflah ye atas salah silap selama kenal ye, ana manusia biasa yang sememangnya lemah lagi hina di sisiNya. Astaghfirullahhal 'azim... *sob 3x

Alhamdulillah, banyak kenangan yang ana timba pada sem kali ni. Biasalah, ada manis, ada pahit, ada masin dan ada masam??? *heh?* Apa dia??? InshaALLAH, wait for the next entry ye coz now I'm a bit busying myself with....


29.10.2012 (Isnin)
2.30-5.00 petang
Pengurusan Sumber dan Penilaian Bahasa Arab
31.10.2012 (Rabu)
8.30-11.00 pagi
Teknologi dalam P&P
01.11.2012 (Khamis)
2.30-5.00 petang
Pend. Akhlak SR

05.11.2012 (Isnin)
8.30-11.00 pagi
Peng. Jawi SR
07.11.2012 (Rabu)
2.30-5.00 petang
Ulum al-Quran + Ulum al-Hadith
08.11.2012 (Khamis)
8.00 pagi
BALIK…!!!
*Hoyyeahh! ^_^

Tadaaa...!!!!

Huwaa...!!! "Suka sangat...!!!" Astaghfirullah, macam tak biasakan. Ngade 2x, cett! Kih 3x. Fighting 2x! Doakan ana berjaya dunia + akhirat ye. Sebenarnya, perasan takut, cuak, "nervous" dan yang sewaktu dengannya memang wajib adela masa nak periksa ni. Sebab ape ye? Yela, ana bukannya pelajar "excellent" mana pun. Perasaan tu lagi berganda-ganda bila...

OMA...!!! Aiyark! T_T

Hang teruk cik Aula! Dah tua 2x ni pun tak sedaq diri lagi. Jadi disebabkan rasa insaf tu dah mula muncul sikit-sikit. Say babai to this blog! O ALLAH, please ease + grant us with the very best that You can reward to ourselves, Your slaves. Robbana yassir wa laa tu'assir! Tasji' Farhatul Madihah bt Mior Mohd Safri! Please do the best for the sake of ALLAH, Rasulullah, emak abah and not to forget, for the ummah. Till then. Wassalam =)


Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Sya'aban! ツ

 

Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433- ツ.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb." ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

*12* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

 

InshaALLAH =)

 

Wednesday, June 20, 2012

*11* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

 




 P/s: Sila baca dialog di bawah ^_^

A: Aku tengok hidup kau macam biasa je. Tak macam orang lain, kalau boleh nak ade "couple" dan yang seumpama dengannya. Kau normal ke tak ni...??? #musykil2#

Tuesday, June 12, 2012

Eh, Kubur Bercakap???

Bismillahhirrohmanirrohim, assalamu'alaikum w.b.t..
Alhamdulillah 3x! Terima kasih ya ALLAH kerana masih menghidupkan hambaMu yang banyak berbuat dosa ni. Anggaplah itu peluang ALLAH kepada kita untuk memperbaiki diri dan mintalah keampunan dariNya atas segala dosa yang telah kita lakukan selama ni. Ate! Idok gheti2 lagi ke? Istighfar banyak2 sambil "flashback" balik apa yang kita dah buat selama ni. Eleyh, hang pun sama jugakla Cik Aula uiiii...!!! Selain istighfar, kita boleh jugak amalkan zikir ni. Ana suka dengar dekat radio Ikim, series! Rasa tenang dan syahdulah bila dengar alunan zikir ni. Apa zikirnya?

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Apa maksudnya?  

>Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim.

Ok! Selesai sudah sesi muqoddimah. Now, let's proceed to the main point here. Enjoy reading! ^_^

***********

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara:

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley