Monday, August 23, 2010

Temuduga Terbuka Untuk Semua

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli syurga dari awal.
B. Ahli neraka dari awal.
C. Ahli neraka sementara kemudian dilantik jadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan meniti titian sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa agama anda?
3. Siapa nabi anda?
4. Apa kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallah hualam..semuga berjaya dalam temuduga ini...

Wednesday, August 11, 2010

Tubuh Ariel Sharon (PM I.S.R.A.E.L) Membusuk Sedangkan ia Masih Hidup

Inilah balasan ALLAH S.W.T kepada mereka yang berani melawanNya... Sejarah telah membuktikan bahawa perkara yang lebih kurang sama yakni azab ALLAH telah menimpa Kamal Artatuk (Bekas Presiden Turki) yang membawa fahaman Islam Liberal... Astaghfirullah wa na'uzubillahhi min zalik!
 
Subhanallah....
Astaghfirullah...
 
Pembalasan dari ALLAH S.W.T atas segala kekejamannya, maka ingatlah kita sebagai hamba-Nya, jangan sekali-kali melakukan kezaliman terhadap insan lain....!!!!

Tubuh Sharon membusuk sedangkan ia masih hidup...

Semoga ALLAH S.W.T menimpakan azabNya kepada seluruh zionist yahudi yang setuju terhadap pembantaian umat Islam Palestin & Lebanon.

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (bekas PM Israel yang yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah merebak ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh ALLAH S.W.T dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan di sekujur tubuh. Hal ini dilihat sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad S.A.W yang berlangsung terus-menerus sama ada siang atau malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak boleh menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentera la'natullah untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya.

Akhirnya ALLAH S.W.T memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat ALLAH S.W.T yang agung, iaitu jasadnya membusuk sedangkan ia masih hidup.

Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup. Benarlah firman ALLAH S.W.T:

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur'an itu benar." (QS. Al-Fushilat: 53)




sumber;
sini 1
sini 2

Friday, August 6, 2010

Kisah EMPAT isteriku




Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.
Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Monday, August 2, 2010

65 tahun hidup, hanya 2 tahun amal ibadat yang kita bawa?

Sucikanlah diri kita dengan ZIKRULLAH~

Mari kita buat kiraan ringkas tentang ibadat solat kita.

Isyak, Subuh, Zohor, Asar dan Maghrib

Solat 1 waktu = lebih kurang 10 minit (anggaran kasar)

Sehari 5 waktu x 10 minit = 50 minit (anggaran kasar 1 jam ibadat solat sehari)

Maka setahun bersamaan 360 jam jangka masa kita solat.

Katakanlah purata usia seseorang 65 tahun.

65 tahun x 360 jam = 23400 jam ibadat solat dalam tempoh 65 tahun.


Mari kita teruskan mengira.

23400 jam bersamaan 2.7 tahun (2 tahun setengah).

Kiraan ini termasuk waktu sebelum baligh iaitu dari umur 1 tahun hingga 15 tahun.


Kalau tolak 15 tahun sebelum baligh tinggal 50 tahun bukan.?


50 tahun = 18000 jam ibadat solat yang kita lakukan 5 waktu sehari.


Jadi selama 50 tahun hidup, keseluruhan ibadat solat yang kita lakukan ialah 2 tahun.

(itupun kalau jaga solat)...

Mari kita renungkan.

Selama 65 tahun hidup, akhirnya kita kembali menghadap Allah s.w.t dengan membawa amalan selama 2 tahun?

Cukupkah?

Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?

Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan mengejar dunia semata.

Perkiraan di atas sekadar renungan buat kita semua agar jangan berasa cukup dengan amalan yang kita ada. Kita risau amalan baik yang kita lakukan masih belum cukup untuk mengatasi kejahatan yang sering kita lakukan samada dalam sedar atau tidak.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah.

Jagalah solat kita kerana amalan solatlah yang pertama akan dihisab kelak

Jangan kerana kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran kita tidak solat. Solat itu ada keberkatannya. Mudah-mudahan dengan solat yang ikhlas kerana Allah s.w.t kita dijauhkan dari melakukan maksiat dan kemungkaran yang sudah pasti setiap muslim ingin menghindarinya.

Dari saat ini dan ketika ini semarakkan dalam hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Perkara-perkara maksiat cuba dijauhkan. Perkara-perkara haram tinggalkan dan jangan toleh ke belakang lagi. InsyaAllah terdetik niat di dalam hati kita untuk berubah kearah kebaikan, Allah pasti tidak biarkan kita dalam kesesatan. Janganlah lakukan lagi perkara-perkara mungkar yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. terhadap kita umat akhir zaman ini.

Mahukah Allah murka sehinggakan biar kita dalam kesesatan?

Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat. Bangga, meninggi diri dan membeza-bezakan darjat dan pangkat sesama insan. Kesesatan dengan kemewahan dunia. Lupa akan kesusahan orang lain dan leka mengejar kemewahan dan keseronokan dunia semata.

Apa maknanya kita kecapi segalanya di dunia ini tanpa keredhaan Allah s.w.t.?

Bersyukurlah pada-Nya kerana kita di antara insan yang terpilih untuk memahami Islam.

Kita insan-insan terpilih untuk terus mencari ilmu Islam. Dengan ilmu yang ada, bersama kita beramal di samping membimbing orang sekeliling kita bersama mencari keredhaan Allah s.w.t.

Mari bersama tingkatkan amalan kita dari masa ke semasa. Buatlah yang terbaik selagi mana Allah s.w.t beri peluang hidup di dunia ini. Janganlah kita leka dan lalai lagi. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka-mereka yang sesat dan dalam kerugian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley