Monday, January 31, 2011

Saat-saat Cemas Mesir

Kali ini tiba pula giliran Mesir bergolak pula. Rata-rata berita di TV menyiarkan keadaan dan situasi yang berlaku di sana. Apabila ana dengar je berita ni, ana tak fikir lain... Ana terus fikirkan apa nasib sahabat-sahabat ana (AmiruddinLiyanaHajarAriff dan ramai lagi sahabat ana di sana) yang bermujahadah menuntut ilmu di bumi Anbiya'??? Ya ALLAH, kesiannya sahabat-sahabat ana ni... Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan situasi yang berlaku di Mesir tu mesti rasa bimbang, takut, resah dan macam-macam lagi. Mana taknye, dah melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Jumlah keseluruhan pelajar-pelajar kita tak dapat dikenal pasti. Berdasarkan beberapa sumber, ada yang kata 11000 orang pelajar Malaysia di sana.



Ringkasan


Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.



Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
edit : Berikutan ada menyangkal point ini…


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.
Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini
Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt
3. What’s happening in Egypt
4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sumber: Mesir Genting!

P/s: Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan sahabat-sahabat kita terpelihara di samping mengharapkan keamana kembali menjelma di sana, amin!

Saturday, January 29, 2011

Hikmah BASMALAH~



BASMALAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIRROHMAANIRROHIIM' yang bermaksud 
'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...' 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1.   Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap   wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (Surah al-Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Saturday, January 22, 2011

'UJUB???



 UJUB ZAMAN MODEN:

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.

1. Blog dan "Followers"
Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?

2. "Like" di Facebook
Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

- Artikel iluvislam.com

sumber: 'ujub 

P/s: Salah seorang ulama salaf pernah berkata: “Seorang yang ujub akan tertimpa dua kehinaan, akan terbongkar kesalahan-kesalahannya dan akan jatuh martabatnya di mata manusia.” Jadi, dari sini pun kita dapat lihat bahawa sifat 'ujub ni sangatlah besar bahayanya kepada kita. Mungkin dari sini akan timbulnya sifat riak, bermegah-megah dan sebagainya. Ingatlah kita kepada pesan Rasulullah S.A.W yang mafhumnya; 

" Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging tersebut, maka baiklah seluruh tubuhnya. Tetapi sekiranya rosaknya daging tersebut,maka rosaklah seluruh tubuh badan. Daging tersebut adalah HATI."

(Riwayat  Bukhari dan Muslim)

Jadi, apa-apa hal sekali pun yang kita nak lakukan mestilah niat ikhlas lillahhi ta'ala. Semoga memberi ganjaran kepada kita setimpal dengan apa sahaja yang kita kerjakan. InshaALLAH... Ana harapkan "post" ana kali ini memberi 'ibrah yang mendalam kepada kita semua.
"TAMBAH ILMU, TAMBAH 'AMAL"

Wassalam...

Friday, January 21, 2011

KEAJAIBAN NOMBOR-NOMBOR DI DALAM AL-QURAN

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus



Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

WASSALAM.

sumber: Maha Suci ALLAH

Wednesday, January 19, 2011

KEPASTIAN in-Team~

doa mohon syurga dan jauhi neraka


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

P/s: SubhanALLAH wa astaghfirullah...

Monday, January 10, 2011

Muslimah Qolbi~

jihad diri...  

  Aku tak tahu siapa dia ketika itu. Tapi melihat dan merenung wajahnya  walaupun sesaat telah mendatangkan selaut sakinah ke dalam diri. Orangnya sederhana sahaja, dengan jilbab labuh paras pinggang, dan sekali-sekala jubah warna polos membaluti tubuh kecilnya; tidak menarik. Tidak mengikut arus peredaran fesyen masa kini . Gelora fesyen millenia yang menggila tidak dapat menggugah caranya. Tapi dia tetap menarik perhatianku. Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar… Ah, pendek kata segala yang ada pada dirinya mampu meraih segenap tumpuan pancainderaku.

  Perkenalan kami berlaku secara tidak sengaja. Benarlah segala yang dirancang Rabb itu amat indah susun aturnya. Ketika itu, seawal jam 7.40 pagi. Langit tika itu masih kelam. Mentari belum mahu bangun dari kamar beradu, sejuk masih menggigit-gigit. Ketika itu, aku resah dengan kelewatan bas yang tak sampai-sampai, sedangkan tuntutan masa begitu menekan. Ketika itulah, dia muncul dari hujung jalan. Matanya yang bercahaya, wajah bersih, dan secangkir senyum pendeknya menyapa aku dengan ramah tanpa suara. Di tangannya terkejap Tafsir Fi Zilalil Quran, karangan Syeikh Sayyid al Qutb. Dia langsung duduk, tekun mengulit satu demi satu helaian. 

  Bila bas buruk berbelang hijau kuning itu sampai, kami menaikinya dan kemudian duduk sebelah-menyebelah. Aku menyapa dengan senyum pendek. Dia menyambut dengan salam, menggelar dirinya Assyaheeda, langsung bertanya mengenai diriku. Sejak itulah aku mula mengenalinya, sedang seolahnya kami sudah berabad lamanya menjalin ukhuwah di taman mardhotillah.

  Assyaheeda, bakal doktor perubatan, tahun ketiga di Universiti Mujahadah Malaysia ini; UMM. Malu aku sendiri, sedang aku yang bakal bergelar ustazah tidak lama lagi pun tak sealim dia. Ilmunya benar-benar mengagumkan aku. Semangatnya mencari ilmu mencemaskan aku. Hujahnya mengasak-ngasak minda picikku. 

Dia hebat! Sempurna! Muslimah sejati, harapan ummat.

  Aku mahu bercerita tentang kehidupan sehari-hariannya. Benar aku bukan sekamar dengannya (*kalaulah aku dapat memohon dari dahulu)., tapi sejak hati kami bertaut di laman ukhuwwah, aku kerap berkunjung ke kamarnya. Bukankah menatap wajahnya sahaja sudah mendatangkan sejuta sakinah? Masakan aku dapat membiarkan gedung ilmu itu terbiar tanpa soalan-soalan “bodoh”ku? (*Sabarnya dia melayan kerenahku yang serba-serbi jahil ini, dengan soalan maha mengarut, dengan senyuman dan lembut bicara yang mendamaikan jiwa. Walau seribu kali soalan itu kutanya!)

  Kata kak Wani, Assyaheeda bangun seawal 4.00 pagi, tika masih ramai diulit mimpi. Kata Kak Wani, dia sedar langkah-langkah yang berderap lembut dan berhati-hati kepunyaan sahabatku itu akan menuju ke musolla di tingkat satu. Bila pulang sahaja, pasti tersisa jernih air di pipi mulus miliknya. Dia akan duduk di meja studynya, khusyuk menadah doa, sebelum meneruskan pembacaan buku-buku perubatan yang bertimbun di atas meja.

  Kata kak Wani lagi, Assyaheeda tak pernah berenggang dengan sebuah buku kecil berbalut biru miliknya. (*Aku sedar kehadiran buku kecil yang istimewa itu.) Bila marah, pipinya akan memerah, sedang wajahnya sebenarnya berseri dengan warna itu, kerana itu sekali-sekala aku menyeru namanya dengan panggilan Humayrah. Dia tak pernah sekali-kali meninggikan suaranya.( Dia selalu mengingatkan aku; seburuk-buruk suara adalah seperti suara keldai). Bila sendiri, atau semasa kami berjalan-jalan, jika kesepian tiba-tiba mencengkam, aku selalu perhatikan dua ulas bibirnya itu terkumat-kamit, bersulam dengan nafas lembutnya.

  Misterinya sahabat yang kukasihi ini, sehari bersamanya bagaikan sejam sahaja yang berlalu. Namun sejak akhir-akhir ini, aku lihat dia seolah-olah dirundung hiba yang cuba disembunyikan dalam tawa halusnya. Sesekali aku perasan ada air yang bergenang di sudut matanya yang bundar itu. Bila ditanya, dia akan membalas dengan gurauan yang menyenangkan hati. Lalu soalan aku akan berlalu sepi.

  Waktu itu, kami seluruh warga kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir tahun. Aku pula tiba-tiba dibeban taklifan yang tak putus-putus. Program kampus bertali arus. Lalu kami hampir tak bertemu sepanjang minggu, sedang hatiku dicengkam rindu.
Ketika berita itu sampai kepadaku, aku jatuh dan tak sedarkan diri berhari-hari lamanya. Bila aku sedar dari pengsan, aku ingin sahaja terus pitam dan tidak lagi bangun-bangun. Seolahnya kekuatanku diragut pergi dengan pemergian Assyaheeda. Jika tidak kerana tarbiyah sahabatku itu, dan ingatanku kepada tazkirah-tazkirah yang sering menghiasi hari-hari indah kami, aku pasti aku sudah lama mati.

  Berbulan lamanya aku menahan perasaan ini dengan penuh sabar , sahabatku Assyaheeda! Senyumnya, lembut bicara yang terlontar dari dua ulas bibir yang merah itu, cahaya dari matanya yang bundar terus menghantui hari-hariku. Kerinduanku padanya seolah-olah terubat, bila petang itu ummi Assyaheeda menziarahiku. Kedatangannya mendamaikan perasaan yang kucar-kacir ini, memulih semula semangatku yang terbang pergi. Akhir pertemuan di petang syahdu itu, ummi menghulurkan buku kecil berwarna biru itu.

 Ya, buku kesayangan Assyaheeda yang teristimewa.

Kekasih,
Jiwa ini seakan-akan hendak punah,
Malamku akan sepi tanpaMu,
Siangku akan pudar warnanya tanpa redhoMu.


Kekasih,
Tak terdaya lagi serasanya,
Jiwaku seakan hendak pecah,
Rinduku padaMu membuak-buak,
Panas dan membakar setiap nafas yang kuhirup,
Aku rindu!
Rindu padaMu,

Kekasih,
Izinkan masa terhenti,
Supaya pertemuan kita akan terjadi…

Assyaheeda, sahabat yang paling aku kasihi. Kisahmu akan aku khabarkan kepada mereka di luar sana. Muslimah yang terlalu rindu kepada Kekasihnya hingga mati kerana gila!

P/s: Macam mana? Seronok tak cerita ni? Apa iktibar yang antum boleh dapat? Apa yang ana boleh ulas, bagusnya Assyaheeda ni… Ana menggambarkan yang dia ni mesti seorang yang amat sejuk mata memandang. Percaya tak? Kadang-kadang apabila kita tengok muka seseorang tu, hati kita yang tadinya resah dan rasa nak marah kat sesiapa je, tiba-tiba sejuk bila tengok muka orang tu. Yang penting, solehahnya dia dan betapa tabahnya dia menanggung kesakitan seorang diri. Ana rasa, mesti buku biru milik dia tu tempat untuk dia meluahkan segala isi hatinya. Antum pun mesti fikir macam tukan? Tapi, yang ana musykilkan adalah asbab dia meninggal. Hmm, cuba baca perenggan terakhir tu. Mati kerana gila? Erk, musykillah pulak. Apa-apa pun, semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini betapa Assyaheeda ni sangat mencintai ALLAH dan mengabdikan dirinya hanya semata-mata keranaNya. InshALLAH…

WALLAHHU A’LAM~

Sumber: klik sini 

Saturday, January 8, 2011

Sekadar Permulaan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah kurnianya diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk tumpang hidup di atas muka bumiNya ini hari ini... ya ALLAH, bersyukur sangat-sangat! Terima kasih ya ALLAH... Sekarang sudah bermulalah tirai kehidupan yang baru dengan program pendidikan yang baru pada tahun yang baru. Jadi, ana rasa tidaklah terlambat sangat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 dan juga Maal Hijrah 1432H pada 1 Safar ini. Nampak sangat dah lama tak "update" blog nikan? Asifah ye sahabat-sahabat. Banyak sangat kekangan yang tak dapat dielakkan... Keif halukum jami'an? Ana harap sihat-sihat belaka di samping iman yang mantap, inshALLAH... 

Apabila cakap pasal tahun baru ni, sah-sahlah orang tanya, "Apa azam kamu? Azam tahun lepas dah terlaksana ke?" Alamak! Entahlah, ana kalau cakap pasal azam ni tak tahu nak kata apa. Kenapa ye? Ana takde hala tuju hidup ke? Ana takde apa-apa nak dicapai ke? Aduhai, tak tahulah. Hmm, tapi itu DULU... inshALLAH, bagi sem baru ni ana ada azam yang ingin dicapai. Tapi, apa-apa hal pun jangan membelakangkan ALLAH dan ibu bapa. "Why? Of course, because there are my priorities." Apa ye azam ana? Hal itu biarlah rahsia antara ana dan ALLAH. Seperkara lagi, umur yang agak muda belia remaja ni 1+ telah berubah secara drastiknya kepada angka 2+. SubhanALLAH, hampir 20 tahun ana hidup atas muka bumi ini. Apalah bekalan yang ana ada untuk "pulang" nanti. Pada pendapat sahabat, sambutan hari jadi atau pun bertambahnya tahun ini menandakan umur kita semakin panjang ke atau semakin pendek? Hmm, sekadar itulah ana rasa untuk tahun baru ni. Selamat kembali ke tempat pengajian masing-masing. Pasangkan azam dan tetapkan tekad. Salam mahabbah~
Ana tinggalkan antum dengan petikan  ini;

Setiap panjang umur itu dihabiskan dalam taat dan bakti kepada ALLAH Ta'ala, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat pun akan meninggi. Sebaliknya, jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai ALLAH Ta'ala, maka yang demikian itu adalah bala dan celaka kerana ia akan menambah kejahatan dan memperbanyak dosa.

(Panjang Umur dalam Ketaatan; Kitab Nasihat  Agama dan Wasiat Iman susunan Imam Habib Abdullah Haddad)


WALLAHHU A'LAM~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley