Wednesday, December 28, 2011

Di Sebalik Tabir

Bismillahhirrohmanirrohim, assalamu'alaikum w.b.t.

"Beberapa muslimah bertanya perihal niqab (purdah) kepada ana melalui e-mail dan juga mesej di dalam facebook. Mahu menulis balasan pada setiap yang bertanya, panjang lebar. Maka, ana usahakan untuk berkongsi di dalam blog sebagai salah satu usaha kecil menjawab sebahagian pertanyaan mereka. Janganlah anggap apa yang bakal dinukilkan ini sebagai muktamat sebaliknya pintu perbincangan sentiasa terbuka.

Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.

Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
Logo sekolah tu takde kaitan dalam ini wayang :)
 "Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"

Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik." Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.

Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).

Hadith diatas, yang berbunyi.

"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."

*6* Wordless يَوْمُ اْلأَرْبِعَاءُ

was taken at Teluk Batik, sweet 'n' sour memory :)

Thursday, December 15, 2011

Akan Datang...

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJIAN AGAMA)
SEMESTER 3

1)KURSUS WAJIB

WAJ3106 Hubungan Etnik 2(2+0)
- Kursus ini memfokuskan hubungan etnik di Malaysia, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, agama dan hubungan etnik, cabaran dan pemupukan hubungan etnik di Malaysia, dan hubungan etnik: peranan kerajaan dan masyarakat.

WAJ3110 Kokurikulum - Unit Beruniform I 1(0+1)
- Kursus ini meliputi sejarah unit beruniform, struktur dan organisasi, perlembagaan unit beruniform, pengurusan dan pentadbiran, disiplin dan kerohanian, asas pertolongan cemas, asas kawad kaki, istiadat dan orientasi kurikulum Unit Beruniform sekolah rendah.

WAJ3114 Bina Insan Guru Fasa III (10 jam)
-Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel serta penekanan tentang etiket sosial dan protokol, pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian.

2)KURSUS TERAS

Pengajian Profesional

EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku 3(3+0)
-Kursus ini membincangkan pengurusan bilik darjah sekolah rendah, peranan guru dalam mengurus bilik darjah, model-model pengurusan disiplin, masalah disiplin murid-murid dan pengurusan murid-murid berkeperluan khas

Amalan Profesional
*Pengalaman Berasaskan Sekolah III – Kursus Elektif 1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley