Saturday, January 14, 2012

Al-Quran, oh Al-Quran.....

|sampingan|

"Sayang, tengok nih. Cantiknya al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." kata Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih." balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab. Hmm..." keluh Jamilah.

"Ala , awak bukan reti pun Bahasa Arab." jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat." tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid." sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh, baguslah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik." teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlulah beli al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik." tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak bacala." tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ar-Rahman. Ada tafsiran lagi." cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala , besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi." senyum Jamilah mengangkat bungkusan al-Quran warna ungu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya." pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk jela pakcik tu." Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua." ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin." cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley