Monday, July 26, 2010

SANG KEGEMBIRAAN TERPUJI



Terciptanya diri ini sungguh indah
Ceritera yang cukup cantik pada jalanNya
Bermula dari sehina-hina titisan ciptaan Tuhan
Dari nutfah (persenyawaan ovum dan sperma) ke ‘alaqoh (seketul darah)
Dari mudhghoh (segumpal daging) menjadi tulang
Dan tulang-temulang itu dibaluti dengan daging
Sehingga ditiupkan roh ke dalam satu jasad bernama janin.

Tanggal 25 Februari 1991,
Terlakar satu memorabilia terindah
Lahirnya sang kegembiraan yang terpuji ke dunia
Dambaan ayahanda dan bonda
Lambang sucinya kasih.

Hari demi hari lewat berlalu
Bulan berganti bulan
Tahun silih berganti meninggalkan tarikh keramat itu,
Kini, tumbuh subur mekar haruman bunga di taman
Dijaga, dibelai dan diwarnai kain putih ini dengan corak iman,
Dalam pena bertunjangkan Islam.

Banyak ranjau dan onak telah ditempuhi
Adakalanya langkah ini tersungkur
Adakalanya langkah ini pernah tersadung
Adakalanya juga langkah ini tidak teratur.

Namun, tidak sesekali hati ini goyah
Kerana diri ini pernah mengatakan ‘Ya’ di hadapan Robbul ‘Izzati
Untuk diteruskan langkah di dunia yang fana ini
Sebagai khalifahNya dalam meneruskan sisa perjalanan yang masih berbaki

La haula wa la quwwata illa billah…
(Tiada daya upaya untuk mengelakkan sesuatu kecuali dengan pertolongan ALLAH)
Astaghfirullah…


*Sajak ni dicipta pada 17072010,15:44. Pertama kali sebenarnya mencipta sajak... Itu pun sebab pensyarah suruh cipta sajak yang menggambarkan diri sendiri... Shukron ya mahadhiri... Kalau tak, sampai bila-bila pun tak cipta apa-apa sebagai penghargaan buat diri ini...Terima kasih juga sebab sudi bagi peluang kepada saya untuk mendeklamasikan sajak ni... Sangat-sangat terharu... (T_T) Sebarang komen membina diucapkan shukron kathiron jiddan... JZKK...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley