Assalam sahabat-sahabat. ALHAMDULILLAH 3x!!! Segala pujian hanyalah untuk ALLAH S.W.T. di atas segala nikmat yang Dia kurniakan kepada hambaNya yang hina ini. Syukur kerana masih hidup lagi masa tengah menaip ni. Mungkin belog ini akan beralih tangan atau mungkin juga dibiarkan sahaja sebab pada masa tu, tuan belog ni kembali menemui Tuannya yang Maha Esa. Two years already, ha? Hmm, cepatnye masa berlalu. Dah dua tahun rupanya Cik Aula menumpang kasih dekat belog ni. Alhamdulillah, semoga apa yang ana coretkan di belog ni mampu mengalirkan saham buat ana untuk ke sana nanti. Aamin, ya ALLAH...
Mungkin orang akan kata,
"Alahai blog ni, apalah yang best sangat. Entah! Aku pun tak tahu."
"Aduh, nyemak jelah blog ni. Budget bagus!"
"Ada apa dengan blog ni? Lebih baik tak wujudla."
Maaflah ye sahabat-sahabat yang ana kasihi, ana faham maksud antum tu. Maafkan ana tak dapat menyediakan yang terbaik untuk tatapan semua.
Kita tulis benda baik..Tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang kurangnya kita tak tulis benda2 tak baik kan?
Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang-kurangnya kita tak cakap benda2 tak baik kan?
Kita buat baik, tak semestinya kita baik..
TAPI sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?
Kita bukanlah bagus sangat..Tapi InsyaAllah..Kita menuju & 'Berusaha Untuk Menjadi Baik '.
Kita sedar tu dan inshaALLAH sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik :) Ok! Tamat sudah sesi "feeling2" ni.
Tak larat tau... Huhu. Rasanya, ana tak pernah kenalkan diri dalam blog nikan? InshaALLAH, ana akan ceritakan asal-usul dan bagaimana boleh wujudnya blog ni di samping ana cerita sedikit tentang diri ana ni.
SEJARAH BLOG
Jujur ana katakan, ana tak pernah terfikir yang ana akan buat blog dan tak pernah tahu apakah itu blog? (
Hang teruk!) Sehinggalah pada suatu hari (2 tahun lepas), sahabat ana Fatin Hazwani "slow talk" dan pujuk ana beria-ia untuk buat blog ni. Nama blog ni pada asalnya adalah Tinta-tinta Murobbiah tetapi dah ditukar kepada | A Caliph's Journey |. Mengapakah? Sebab blog ni sebenarnya banyak menceritakan perjalanan hidup ana sama ada suka atau duka. Begitulah alkisahnya, "simple" jekan? ^,^