Friday, May 11, 2012

Two Years Already!!!


Assalam sahabat-sahabat. ALHAMDULILLAH 3x!!! Segala pujian hanyalah untuk ALLAH S.W.T. di atas segala nikmat yang Dia kurniakan kepada hambaNya yang hina ini. Syukur kerana masih hidup lagi masa tengah menaip ni. Mungkin belog ini akan beralih tangan atau mungkin juga dibiarkan sahaja sebab pada masa tu, tuan belog ni kembali menemui Tuannya yang Maha Esa. Two years already, ha? Hmm, cepatnye masa berlalu. Dah dua tahun rupanya Cik Aula menumpang kasih dekat belog ni. Alhamdulillah, semoga apa yang ana coretkan di belog ni mampu mengalirkan saham buat ana untuk ke sana nanti. Aamin, ya ALLAH...

Mungkin orang akan kata,

"Alahai blog ni, apalah yang best sangat. Entah! Aku pun tak tahu."
"Aduh, nyemak jelah blog ni. Budget bagus!"
"Ada apa dengan blog ni? Lebih baik tak wujudla."

Maaflah ye sahabat-sahabat yang ana kasihi, ana faham maksud antum tu. Maafkan ana tak dapat menyediakan yang terbaik untuk tatapan semua.

Kita tulis benda baik..Tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang kurangnya kita tak tulis benda2 tak baik kan?

Kite cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
TAPI, sekurang-kurangnya kita tak cakap benda2 tak baik kan?

Kita buat baik, tak semestinya kita baik..
TAPI sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan?
Kita bukanlah bagus sangat..Tapi InsyaAllah..Kita menuju & 'Berusaha Untuk Menjadi Baik '.

Kita sedar tu dan inshaALLAH sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik :) Ok! Tamat sudah sesi "feeling2" ni. Tak larat tau... Huhu. Rasanya, ana tak pernah kenalkan diri dalam blog nikan? InshaALLAH, ana akan ceritakan asal-usul dan bagaimana boleh wujudnya blog ni di samping ana cerita sedikit tentang diri ana ni.

SEJARAH BLOG
Jujur ana katakan, ana tak pernah terfikir yang ana akan buat blog dan tak pernah tahu apakah itu blog? (Hang teruk!) Sehinggalah pada suatu hari (2 tahun lepas), sahabat ana Fatin Hazwani "slow talk" dan pujuk ana beria-ia untuk buat blog ni. Nama blog ni pada asalnya adalah Tinta-tinta Murobbiah tetapi dah ditukar kepada | A Caliph's Journey |. Mengapakah? Sebab blog ni sebenarnya banyak menceritakan perjalanan hidup ana sama ada suka atau duka. Begitulah alkisahnya, "simple" jekan? ^,^



SEJARAH TUAN BLOG
1) Nama betul: Farhatul Madihah bt Mior Mohd Safri
(Kawan selalu tak nak tolong tulis nama ana @ mesti membebel masa tulis nama ana dekat register sebab nama ana panjanggg..... Lagi satu, depa kata kesian dekat bakal zauj ana sebab mesti tergeliat lidah nak sebut ana dengan binti sekali masa akad. Oh, tidak! Ana tak bersalah, hehe...)

2) Ramai tanya kenapa dekat nama samaran mesti ada RAYYAN? Jeng 3x!!! Siapakah RAYYAN sebenarnya? Rayyan> Syurga. "Simple"kan? :)

3) This muslimah solehah (always trying to be the one, inshaALLAH) is already taken by ALLAH, Rasulullah, her parents and ________. Interested to be __________??? Please get yourself prepared to be interviewed by my emak and abah. :P


4) Pendidikan? Sekolah mana dulu???
1996> Tabika Kemas Taman Seri Batang Kali (abah hantar naik motor, rindu...)
1997> Pra Sekolah di Sekolah Kebangsaan Batang Kali
1998-2003> Sekolah Kebangsaan Batang Kali (sesi pagi) + Sekolah Rendah Agama Batang Kali (sesi petang)
2004-2008> Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (proud to be the one)
Mei 2009> Kolej Matrikulasi Perak (sampai sekarang ingat lagi, F528a. ya ALLAH, rindunya walaupun sekejap)
Julai 2009-2014> Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (bakal penerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam jurusan Pendidikan Islam dengan kepujian. aamiiinnnnn...!!!)
2015- .......> InshaALLAH, bakal menyambung lagi pendidikan dan takkan berhenti sehingga ke akhir hayat :)

Cukuplah sampai di sini ja dulu. Cukuplah sekadar nak kenal sikit-sikitkan. Exam is just around the corner. Will visit me soonnnn..... Oh, I better get myself prepared. Ma'attaufiq wannajah to all sahabah. ALLAHHUMMA NAJJIHNAA FI KULLI IMTIHAN, FIDDIN FIDDIROSAH, FIDDUNYA WAL AKHIROH, aamiiinnnn...

Renungan bersama,

✿✿..Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu..✿✿

(Saidina Ali Bin Abi Thalib)

Till then, assalamu'alaikum :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley