Sunday, October 28, 2012

Jom Cuci!

Tanya diri dulu...


Muhasabah banyak2. Siapa kita? Siapa Rasulullah...???
 
Jangan lari dariNya...


Ujian tanda kasihNya

Insafi diri...










Mesti sahabat tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ana post pasal ni sedangkan dekat entry bawah, ana dah janji nak post entry baru lepas habis periksa? *perasan je* Wallahhu a'lam, ana pun tertanya-tanya diri ana sendiri. "Kenapa dengan aku ni? Kenapa rasa gelisah semacam?" Dok termenung cari jawapan, ALLAH ilhamkan jawapan ni pada diri sendiri. "Mungkin sebab hati aku tak tenang ni, ALLAH nak uji sekejap sama ada aku masih ingatkan Dia atau tak. Mungkin melalui cara yang macam nikan? ALLAHkan Maha Mengetahui hambaNya. ASTAGHFIRULLAH..." Jadi, ana rasa tak salah nak kongsi dengan sahabat-sahabatkan? Sebab tulah ana ambil kesempatan ni untuk post walaupun melalui gambar-gambar je. Kadang-kadang melalui gambar pun dapat memberi kefahaman yang lebih bermakna kepada kita berbanding kata-katakan? Ops! Tu sekadar pendapat ana je. ^_^

Ana tinggalkan sahabat-sahabat dengan sedikit renungan di bawah ni, semoga dapat memberi manfaat...

"Jika saat ini kta gagal mencintai ALLAH sepenuh hati, teruskan mencuba. ALLAH sedang menunggu cinta hambaNya. Carilah Dia, teruskanlah pencarian itu sehingga berjaya. Semoga...

Hingga satu saat nanti, kita dapat merasai kemanisan beribadah kepadaNya.
Hingga satu masa nanti, kita sangat rindu akan ujianNya.
Hingga satu detik nanti, kita merayu untuk berada di dalam pelukanNya.
Hingga satu waktu nanti, keyakinan dalam hati hanya milikNya.

Maafkan hambaMu ini ya ALLAH kerana tidak sempurna dalam mencintaiMu. Ampuni hambaMu ini ya ALLAH kerana leka dalam mengingatiMu. Sungguh, aku lemah lagi hina. Bantu hambaMu ini ya ALLAH dalam meraih kemanisan cintaMu, tuntun hambaMu ini ya ALLAH dalam menuju perjalanan akhiratMu. Letakkanlah kedudukanMu di dalam hatiku pada darjat yang tertinggi melebihi segala-galanya.
ASTAGHFIRULLAHHAL 'AZIM..."

Doakan ana ye, esok dah nak mula periksa. HASBIYALLAH WA NI'MAL WAKIL WA NI'MAL MAULA WA NI'MAN NASIR. Wassalam =)



2 comments:

  1. doakan ana jugaaa.. ana pn periksa!

    ReplyDelete
  2. Mey Sama: Iye, inshaALLAH kita doakan kejayaan sama2 ea? Luv u dear! ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley