Bismillahhirrohmanirrohim, alhamdulillah ala kulli hal. Alhamdulillah, banyak jugak nikmat yang ALLAH dah bagi dekat kitakan? Banyak sangat sampai tak terhitung segala pemberianNya. Antaranya dapat
baby baru lagi, alhamdulillah ^_^ Seronok sebenarnya bila ada
baby ni. Memang tak dinafikan yang kadang-kadang rasa penat dan letih tu ada tapi kepuasan yang kita dapat tu yang penting. Lagipun, bukan selalukan? Hehe. Eh, kejap2. Jangan salah sangka ye,
baby yang dimaksudkan tu adalah anak-anak sedare. Tumpang kasih sayang dan perhatian. Alhamdulillah, buat masa ni dah ada dua orang permata hati pengarang jantung bagi keluarga Atok Mior dan Opah Faizah ni. Intan payung yang pertama ialah... (
drumroll + bunyi petir sikit, hehe) Cik
Marissa 'Alyah binti Mior Mohd Hafiz yang dilahirkan pada 16 Februari 2011. Alkisah namanya diberi oleh aciknye yang
osem ni. InshaALLAH harap-harap pemilik nama yang bermaksud sopan-santun yang tertinggi ini menjadi 'abidahNya yang solehah, taat kepada ibu bapanya, setia kepada ajaran Rasulullah dan takutkan azab Rabbnya serta bakal menjadi mawar berduri ad-deennya yang tercinta. Aameenn...!!! Nak tengok gambar budak comot ni? Sila lihat di bawah ye... ^_^
|
Assalamu'alaikum semua, sayalah si bam bam Caca. Selamat berkenalan *^,^* |
Gambar ni tak silap masa raya tahun lepas dan Caca masa ni umur dia lebih kurang 7/8 bulan. Masa ni jugaklah kami sekeluarga buat julung-julung kalinya pertama kali beraya hari raya pertama di Batang Kali. Selalunya balik beraya dekat Bote Kiri yang tercinta. Almaklumlah abang-abang dah ada keluarga masing-masing. Jadi, disebabkan nak jugak beraya sama-sama pada hari raya pertama, kami pun sepakat raya dulu dekat rumah sebelum masing-masing bermusafir mengikut haluan masing-masing. Sob 3x. Inilah yang dinamakan kehidupan! Teruskan perjalanan dan pasakkan semangat, yeah!
Eh, apa ni? =,=" Si Caca ni memang aktif orangnya sejak kecil lagi. Bukti? Antaranya ade dekat bawah ni.
Nasihat: Psst! Video ni agak
rare untuk menjadi bahan tontonan. Jika anda berani, sila teruskan niat anda. Jika sebaliknya, kena tengok jugak! Hehe...
Tak taulah mana si kenit ni belajaq dari mana. Tapi kalau ikutkan ilmu pasal perkembangan kanak-kanak yang alhamdulillah pernah belajaq dulu, memang kanak-kanak ni dia akan cepat bagi respon pada benda-benda yang mampu menarik minat dan tumpuan dia. Contoh, bahan dalam bentuk visual seperti dalam video ni. Memang terbukti pun sebab si Caca ni pantang tengok iklan yang ada budak-budak dalam iklan tu. Adakah dia ingat budak-budak iklan tu nak mengajaknya main bersama?
Heh??? Ngarut dah Baiklah, sekarang ni tengoklah gambaq-gambaq yang lain pulak na...
|
yeay! dapat main jongket-menjongket! =D |
|
Acik: Caca! Berhenti solat cepat! Caca: Nakkkk...!!! Acik: Salah kiblatlah, sayang. Kih 3x. Caca: Hehe... |
|
|
|
|
|
Caca: Sori U, I bizi ni. Well, I tengah bergaya sakan dengan beg I ni. I call U gune BB tau, jangan jeles! =D |
|
Sucikan muke kite nak pergi solat sunat Aidil Adha? |
Sekarang, tibalah masa dengan segala hormatnya mempersilakan intan payung keluarga ini yang kedua iaitu Encik
Mior Muhammad Irsyad bin Mior Mohd Hafiz! Pertama kali dengar, "Ya ALLAH! Kacaknya nama!" Kenapa banyak beno Mior ni? Ehem! Untuk pengetahuan semua ikut apa yang ana fahamlah kan. Keluarga sebelah ayah ana ni berketurunan Syed Sharifah. Apa kaitannya dengan Mior? Sabaq sat. Arwah opah ana telah bertemu jodoh dengan arwah atok ana yang takdak keturunan Syed Sharifah ni.Ya ALLAH, rindunye! Al-Fatihah~ Nak dijadikan cerita, macam turun pangkat sikitla. Sebab tulah yang lelaki ada Mior di awalnya dan perempuan pulak, adakah Miorah pada namanya?
Oh, tidak! Buruk sekali bunyinye, weyh! Perasan tak nama ana ada "Ma"? Adik ana pun ade "Ma", mak cik- mak cik ana pun ada "Ma" jugak. Disebabkan nak cari nama yang ada "Ma" ni jugaklah, ana kalut tiga hari tiga malam nak cari nama yang ada "Ma" untuk si Caca sampaikan ana ter "ma ma ma ma" lah dibuatnya. Hehe. Habislah, lepas ni bertambah ramailah lagi geng Mior dekat rumah. Eh! Ana nak cerita pasal Encik Mior Irsyadlah.
|
Saya baru je berusia dua hari... |
|
Lesung batu spotted! |
|
Cayang Mior! Eh, cayang tomey Irsyad! |
Gambaq si kacak ni tak banyak pun sebab buat masa sekarang ni baru je berusia 2 bulan setengah. Irsyad dilahirkan pada 30 September 2012 dan agak mengejutkan opah dan atok beliau. Hal ini adalah disebabkan ketika itu opah dan atok beliau berada di Sarawak atas urusan merisik dan pertunangan Pak Ngah beliau. Sebaik sahaja sampai dekat rumah, memang hero Malaya nilah yang diserbu dulu. Hidup ni bahagia dengan penuh limpahan kasih sayang, betulkan? Kasih sayang atok opah ni sangatlah tercurah kepada cucu-cucu melebihi anak-anak sendiri masa kecil.
*Angguk2 Cara nak tidurkan deme ni senang je. Pertama, masukkan ke dalam buaian. Kemudian, bacalah ayat-ayat al-Quran atau pun zikirlah sepuas hati. InshaALLAH, cepat je tidurnya. Irsyad suka senyum masa tidur =)
|
Kasih sayang seorang kakak kepada adik, comel! ^_^ |
|
Sayang mereka berdua! |
|
Cair tengok T_T |
Ketahuilah bahawa cara mendidik anak bukanlah sejak anak itu dilahirkan, akan tetapi mengikut pandangan ulama' adalah bermula sejak daripada proses memilih ummi yang beriman untuk anak itu. Jom hayati kisah Saiyidina Umar. Beliau pernah didatangi oleh seorang lelaki yang mengadu tentang sikap menderhaka anaknya itu. Maka, anak tersebut telah dipanggil oleh sahabat nabi itu dan dinasihatinya agar mentaati ibu bapa dan melaksanakan tuntutan ke atas mereka sesuai dengan tuntutan Islam. Berkata si anak itu kepada Saiyidina Umar al-Khattab, "
Wahai Amirul Mukminin, adakah anak tidak mempunyai hak yang boleh dituntut kepada bapanya?" Jawabnya, "
Bahkan ada iaitu memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik dan mengajarkannya al-Quran." SubhanALLAH, bertasbih hati ana membaca kisah ini dalam novel "Cinta
High Class". Begitulah, betapa Islam itu menitik beratkan soal agama dalam diri kita. Sahabat-sahabat mesti sudah hadam akan hadith nabiyullah berkenaan kriteria pasangan, kan? Sesungguhnya anak-anak merupakan cerminan kepada ibu bapanya. Nak nasyid ke? Tak payahlah, nasyidlah sorang-sorang ye. Jadi, pilihan terletak pada diri masing-masing. Ikutlah fatwa hati selepas mengambil kira kata Ilahi si Kekasih hakiki dan tauladan Nabi Muhammad S.A.W. yang sentiasa dirindui. Anda mampu mengubahnya. Acik sayang Caca dan Irsyad!
Eh eh eh? Semoga menjadi permata Islam yang berharga. Sekian, wallahhu a'lam. =)
Caca! hihi.. budak kecik ni la..
ReplyDeleteCik Kidal: biasala si kenit tu ^_^
ReplyDelete