Monday, January 28, 2013

Ibrah Demam

Assalamu'alaikum semua =) Alhamdulillah. Pagi yang terang kini sudah terik *sebab dah petang =D  Keif halukum jami'an? Arju 'alaikum bissihah wal 'afiyah daiman, inshaALLAH. Hmm, D.E.M.A.M? Siapa yang demam ni? Ish 3x, kesiannya dia =) Alhamdulillah, minggu lepas lebih kurang, ALLAH uji ana dengan menghadiahkan demam selama 3-4 hari. Eh, kenapa ALHAMDULILLAH? Macam pelik jekan. Yela, dapat cuti, hehe. Taklah, tak munasabah langsung jawapan mak cik ni.

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: 
"Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya."
(Hadis Sahih Bukhari, manakala riwayat Tirmidzi dan Ahmad dari Abu Sa'id Al Khudri)

Alhamdulillah, harap-harap dosa-dosa ana yang lalu telah ALLAH ampunkan sepanjang ana demam hari tu. Semoga segala urusan hidup ana dipermudahkanNya. Ya ALLAH, terima kasih =) Lagipun, ujian yang ALLAH berikan ni taklah seberat seperti dugaan-dugaan yang ALLAH kurniakan kepada nabiyyuna, Muhammad S.A.W. Ujian yang Rasulullah lalui lagi berat berbanding kita. Kadang-kadang secara tidak sedar, kita selalu mengeluh, tak pun mengaduh macam-macam. Apa yang kita lalui ni sikit sangat-sangat berbanding dengan apa yang dilalui oleh Nabi ALLAH Ayyub a.s. yang ditimpa penyakit yang sangat kronik bertahun-tahun lamanya. Nabi Ayyub sangat sabar dan redha keadaan dirinya. Nak kata tahap kesabaran Nabi Ayyub ni sangatlah tinggi sehinggakan berdoa kepada ALLAH pun masih disertai dengan pujian-pujian yang tinggi kepada Rabnya.

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah al-Anbiya',83)

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 H




Salam Maulidur Rasul 1434 H kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH. Rasulullah lahir pada hari Isnin kan? Harap-harap ada barakahnya buat ana juga =) *eh? tiba2 Bagi sahabat-sahabat yang ada kelapangan masa terutamanya yang berada di Kedah, jom pakat ramai-ramai pi ke Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah. InshaALLAH, ana pun akan menghadirkan diri ke sana bersama sahabat-sahabat muslimat ana. Banyak aktiviti menarik menanti, antaranya:
  
- Majlis pembukaan sambutan Maulidur Rasul dengan Solat Dhuha dan Selawat Sidi Ahmad Badawi 100 Kali (Khamis 8.00 pagi 24 Januari 2013 )
- Pengkisahan Saat Kelahiran Baginda SAW oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa ( Khamis 8.00 malam 24 Januari 2013 ) serta selingan qasidah
- Tazkirah / Kuliah Oleh Ustaz Abdul Hamid Tahir dan Ust Abdul Majid (Derang)
- Kuliah Perdana oleh Tuan Guru Dato' Dr Harun bin Din
- Festival Qasidah Kerinduan Rasulullah ( Jumaat 23 Januari - 8.00 malam )
- Program Anak-Anak berselawat
- Berzanji/Marhaban/Burdah/Bacaan Maulid Dhi'ul Lami'
- Program Muslimat Berselawat.
- Malam Kemuncak Lantunan Mahabbah Rasulillah bersama Tuan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.



Tuesday, January 8, 2013

| TRaVeLoG *2* |

Bismillahhirrohmanirrohim. ALLAHhumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabaarik wasallim. Asyhadu allaa ilaa haillah wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Alhamdulillah, masih bernafas di tempat persinggahan sementara ciptaan ALLAH ini. Terima kasih ya ALLAH sudi meminjamkan oksigen kepada hambaMu ini untuk tumpang bernyawa di bumi ini. Alhamdulillah, dah selamat sampai di IPSAH tercinta untuk meneruskan sisa-sisa perjalanan memburu segulung ijazah yang hanya berbaki 2 tahun lagi. (*bunga api sikit) Doakan ana ye sahabat-sahabat, shukron. InshaALLAH, entry kali ini ana nak kongsi satu lagi travelog ana bermusafir ke? Jeng 3x! Sabaq na, sat gi sahabat-sahabat taula ana dah pi mana masa cuti sekolah baru-baru ni. Baiklah, entry ini bermula. Sila "nikmati" gambar-gambar di bawah =)


AMARAN KERAS: Entry ni sangat panjang, sekian.

eh? di manakah?

my aunties and uncle

ana di LCCT tapi nak pi mana??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley