Friday, March 11, 2011

Dialah Pilihan Hatiku...

pilihan...

 Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah
Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah
Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya
Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati..




<sampingan>

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa
Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti
Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga
Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri
Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

mujahid...

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya
Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

..........................................................................................................................................
Siapakah dia pilihan hatiku ini??? Ana juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh yang telah ALLAH tetapkan untuk ana. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Mungkin ada yang berkata, tinggi sungguh permintaan si hamba ALLAH ni. Ana sedar akan hakikat itu kerana ana tidak layak untuk itu. Tetapi tidak salah kerana ini merupakan salah satu ikhtiar ana berdoa untuk diri ana juga. Maaf, jangan salah sangka dgn entry ana ni juga. Risau jugak ada yang akan kata ana ni macam-macam. Tidak sama sekali. Cuma sekadar doa. Pasti semua orang mahu yang terbaik, bukan? Insha-ALLAH, ana akan cuba memperbaiki sedaya yang mampu... Insha-ALLAH~

Doaku, semoga dia tercipta untukku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia. Kerana.. Dia pilihan ku..
YANG KU DAMBAKAN... Aku MENCINTAI orang yang MENCINTAI ALLAH..

ALLAH Maha Besar...

2 comments:

  1. Doaku, semoga dia tercipta untukku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia. Kerana.. Dia pilihan ku.. insyaAllah.. biarlah DIA yang menentukan segala-galanya yg trbaek buat kita.. amin..=)

    ReplyDelete
  2. dear, inshaALLAH. AMIN, sama2 kita doa yang terbaik ye... biar lambat agar tak tersalah langkah. sayang kamu kerana ALLAH :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley