Dalam mengenang rahmatMu~ |
Tajuk entry ana kali ni, P.E.R.A.L.I.H.A.N. Peralihan apakah yang ana maksudkan? Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ana panjatkan kepada ALLAH kerana dengan izinNya jualah ana telah ditambah satu lagi angka umur ana pada 25 Februari lepas. "Apalah dia ni, dah basi kot..." Mungkin ada yang berkata begitu, tapi bagi ana hari ulang tahun atau pun hari jadi ni tak semestinya diraikan pada hari itu sahaja. Bahkan, lagi elok ana kira sekiranya kita sering mengingatkan diri bahawa sama ada pada setiap detik atau setiap saat, umur kita bertambah seiring dengan siang berganti malam saban hari. Kenapa? Mengapa? Sebab apa?
Ingatlah, sahabat-sahabatku...
Cuba dengar lagu ni,
PERSEDIAAN_ZULFAN
Pastikanlah manusia kita sudah sedia
Kerna kita kan dipanggil menghadap Tuhan Pencipta
Beramallah bagai diri kan mati esok hari
Bekerjalah bagai diri kan hidup selamanya
Bila tiba kiamat kecil itu
Tiada lagi siapa membantu
Tidak kira dimana diri kira berada
Tidak kira waktu ketika
Berdoalah pada Allah
Agar kita dimatikan dalam iman jua islam
Dibwah kerahmatanNya
Hanya amalan soleh bisa
memberikan ketenangan kesabaran
Lagu ni sungguh menginsafkan ana... Ya ALLAH, bagaimanalah kedudukan amalanku kepadaMu???
Selain tu, satu lagi peralihan dalam hidup ana adalah anugerah ALLAH yang terhingga dan salah satu rahmat kasih sayangNya dengan kelahiran puteri anak saudara yang sulung; Marissa 'Alyah.
sekadar hiasan... |
Sedap tak nama tu??? Maksudnya, sopan santun yang tinggi. Penat mencari nama Marissa ni, 3 hari 3 malam tak jumpa-jumpa nama yang berkenan. Atok Mior senyum sampai ke telinga bila dapat cucu ni + beli macam-macam untuk cucunya. Sampai hati abah, kami rasa tersisih...!!! (^_^) Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH. Ahlan wa sahlan ya Marissa 'Alyah ke dalam keluarga kita. Suka sangat! :) Hooray! Lepas ni, ada geng sambut hari jadi. Semoga ada berkatnya kehadiran Marissa 'Alyah binti Mior Mohd Hafiz kepada kami sekeluarga, amin... Salam sayang dari mak cik... :)
moga umur diberkati...
ReplyDeleteinshaALLAh, harap pun begitu juga. shukron...
ReplyDelete