Tuesday, June 14, 2011

Hebat sangat ke cinta tu???

cintaku kepada yang menciptakan cinta itu sendiri, inshaALLAH


Hebat sangatkah cinta?
Atau cuma hawa nafsu semata???
Jika tiada calon,
ramai yang bertanya...
"Mengapa tidak dicari???" katanya.

Hebat sangatkah cinta?
Jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina.
Hingga agama diletak belakangnya...

Hebat sangatkah cinta?
Jika statusku single,
mereka hairan bertanya...
Sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya.
Jika ramai tak buat dipandang biasa...


Hebat sangatkah cinta?
Menghayati rasa yang terkandung di jiwa.
Terlahirnya sajak dan puitisnya cinta.
Lautan api sanggup diredahnya...


Hebat sangatkah cinta?
Hingga semua nak diserahkannya.
Katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja...




Hebat sangatkah cinta?
Kononnya di hati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga.
Akhirnya tubuh menjadi mangsa...

Hebat sangatkah cinta?
"Saya suka awak kerana agama"...
Kalau begitu mengapa mendekati zina???
Jika benar agama ukurannya...

Hebat sangatkah cinta?
Mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta.
Sedangkan yang diteguk racun berbisa...

Hebat sangatkah cinta?
Sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
Janji kau, aku yang punya...

Hebat sangatkah cinta?
Jawapannya ya...
Jika mencari cinta tulus hanya pada Yang Maha Esa...
Bahagianya kekal untuk selamanya...

P/s: "Ya ALLAH, peliharalah diriku dari terus lalai dalam mengingatiMu... Jangan sesekali Kau palingkan hatiku kepada yang lain..." Bukanlah niat di hati ini untuk menafikan perasaan C.I.N.T.A. itu. Namun, janganlah sampai F.I.T.R.A.H. itu bertukar menjadi F.I.T.N.A.H.

<insha-ALLAH, biiznillah>

Buat ashabi lillah, ada sedikit titipan ingatan lambang kasihnya ana pada antum... Hayatilah~


Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju ALLAH dengan selesa dan bahagia berbanding hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley