Tuesday, July 5, 2011

Hawa dan Pokok Semalu

Jom, sama-sama hiasi peribadi... :)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Situasi ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Diambil dari: ~~w.a.h.a.i. w.a.n.i.t.a.~~

Kesimpulan: Jujur dari lubuk hati ini, nafsi banyak lagi kekurangan yang harus diperbaiki. Masih lagi cuba, mencuba  dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik walaupun bukan senang untuk melaksanakannya. :) Sifat malu dan wanita memang tidak boleh dipisahkan laksana irama dan lagu. Rasulullah S.A.W. sendiri digambarkan sebagai seorang pemalu, bahkan lebih pemalu dari anak-anak gadis. SubhanALLAH... Sungguh tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sedangkan diri ini??? Hanya ALLAH yang tahu. Siapalah nafsi untuk dibandingkan dengan kekasih agung ini. Kerdil... Sungguh kerdil dan boleh dibezakan ibarat langit dan bumi.

Apa-apa pun, ALLAH S.W.T. telah berfirman fi kitabihil 'azim, al-Quranul karim dalam Surah Ar-Ra'd (ayat 11) yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."

Jadi, semuanya terletak pada diri kita sendiri waima nak berubah atau tidak. Betul tak...??? :) Tidak kiralah sama ada muslimin atau pun muslimat sekali pun, tanamlah sifat malu dalam diri masing-masing. Malu pun mestilah kena pada tempatnya, janganlah malu sangat sampai nak bertanya meminta arah yang betul pun tak nak sedangkan dah sesat dan banyak kali pusing dekat tempat yang sama (pengalaman sendiri, hehe...) Tak pasal-pasal kita pula yang susah... ^_^

Buat renungan bersama...

"Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana...
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley