Friday, August 12, 2011

Alamak, "Kredit" Kurang...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان
 
"Testing" 2x
Percubaan suara, 1, 2, 3...
Uhuk 2x.
SubhanALLAH 3x... =))

Alhamdulillah, elok dah suara ni. Biasalah suara pagi 2x ni kadang-kadang tak berapa betul sangat. Jadi, kenalah betulkan dulu mana-mana "pitching" yang sudah melarikan dirinya itu. Maaflah ye. Hehe... 
 
Apa khabar sahabat-sahabat ana pagi ni?
Bangun sahur tak pagi tadi?
Ha, apa...???
Tak bangun...???
Pasai pa tak bangun...???
Tak sempat nak menyedarkan diri...???
Takpa 2x, kita senasib pada 3 hari yang lepas...
La tahzan ye, teruskan perjuangan kita dengan penuh semangat.
BERUSAHA...!!! =))



Alamak, "Kredit" Kurang...!!! Apakah itu??? (Udoh-udohlah tu Cik Aula weyh, panjang bebeno pun muqoddimahnye. Ate, bila nak siap "entry" ni...??? Esok...???)

InshaALLAH, kali ni ana nak kongsi ilmu tentang "Amalan-amalan Muslimah di Bulan Ramadhan". Walau bagaimanapun, tidaklah bermakna sahabat-sahabat muslimat kena ikut betul-betul seperti yang tertera di "entry" ni. Anggaplah "entry" ini sebagai salah satu cadangan sahaja. Sahabat-sahabat muslimin pun boleh amalkan apa-apa yang patut. Sebelum itu, ana minta maaf sangat-sangat sekiranya ada perkataan yang tidak dapat difahami sebab sumber asalnya dalam Bahasa Indonesia. Jadi, bapak-bapak dan ibu-ibu, maafin Aula ya... ^_^

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان


*********

"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua"

~ Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan ~

*********  

 

" Akak, oh akak..."

"Ya mak, ada apa mak...???"

"Esok nak puasa dah, dah baca niat belum...???"

"Alamak, lupa pulak nak baca...

"Ha, cepat niat. Nanti tak boleh puasa pulak..."

"Mak, baca niat Bahasa Melayu je, boleh tak...??? Tak tau Bahasa Arab punya..."

"Takpe, boleh je... :)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley