Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Habibi...

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان


*********

"Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua"

~ Raihan feat Man Bai – Harapan Ramadhan ~

*********  

 

" Akak, oh akak..."

"Ya mak, ada apa mak...???"

"Esok nak puasa dah, dah baca niat belum...???"

"Alamak, lupa pulak nak baca...

"Ha, cepat niat. Nanti tak boleh puasa pulak..."

"Mak, baca niat Bahasa Melayu je, boleh tak...??? Tak tau Bahasa Arab punya..."

"Takpe, boleh je... :)"

P/s: Mesti sahabat-sahabat dapat agak ana nak cakap pasal apa kali nikan??? Mestilah cerita pasal "kekasih hati" yang sudah pun menjengah kita maghrib tadi. Tak lain dan tak bukan, tentulah Ramadhan Kareem yang baru sahaja membuka tirainya. SubhanALLAH walhamdulillah wa laailahaillah wALLAHhu akbar. Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH S.W.T. kerana masih memberikan kita kesempatan untuk terus hidup berjuang di dalam bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam ini. ALHAMDULILLAH...!!! Terima kasih ya ALLAH... (Ya ALLAH, sayunya hati ni...)

~~~~~~~

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi, Ramadhan merupakan perkataan Bahasa Arab bermaksud panas terik yang berasal dari perkataan akar "ramadha". "Ramadha" bermaksud panas menyengat atau kekeringan terutamanya pada tanah. Cuba sahabat-sahabat perhatikan keadaan tanah pada bulan puasa, inshaALLAH memang sangat kering dan cuaca pun agak panas. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Ramadhan digunakan kerana pada bulan ini, dosa-dosa dihapuskan sebagaimana matahari membakar tanah. WALLAHHU A'LAM... :)

Ehem 2x, testing 2x... (batuk-batuk sikit) ^_^

Ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan, "Selamat memasuki Universiti Ramadhan. Timbalah sebanyak mana ilmu yang mampu dipelajari dan pergandakanlah amalan. InshaALLAH, antum akan lulus dengan jayanya ujian Mahsyar dan akan mendapat pakej pelancongan ke Jannah buat selama-lamanya... Mohon maaf salah silap sekiranya coretan dan bebelan tinta-tinta perkongsian ana di dalam blog ini pernah menyentuh dan mengguris hati antum. 0-0 naa..."

TAMBAH ILMU, TAMBAH AMAL. Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley