Friday, August 12, 2011

Alamak, "Kredit" Kurang...!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الأنبيآء والمرسلين وعلى اله وصحبه اجمعين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ومغفرة ورضوان
 
"Testing" 2x
Percubaan suara, 1, 2, 3...
Uhuk 2x.
SubhanALLAH 3x... =))

Alhamdulillah, elok dah suara ni. Biasalah suara pagi 2x ni kadang-kadang tak berapa betul sangat. Jadi, kenalah betulkan dulu mana-mana "pitching" yang sudah melarikan dirinya itu. Maaflah ye. Hehe... 
 
Apa khabar sahabat-sahabat ana pagi ni?
Bangun sahur tak pagi tadi?
Ha, apa...???
Tak bangun...???
Pasai pa tak bangun...???
Tak sempat nak menyedarkan diri...???
Takpa 2x, kita senasib pada 3 hari yang lepas...
La tahzan ye, teruskan perjuangan kita dengan penuh semangat.
BERUSAHA...!!! =))



Alamak, "Kredit" Kurang...!!! Apakah itu??? (Udoh-udohlah tu Cik Aula weyh, panjang bebeno pun muqoddimahnye. Ate, bila nak siap "entry" ni...??? Esok...???)

InshaALLAH, kali ni ana nak kongsi ilmu tentang "Amalan-amalan Muslimah di Bulan Ramadhan". Walau bagaimanapun, tidaklah bermakna sahabat-sahabat muslimat kena ikut betul-betul seperti yang tertera di "entry" ni. Anggaplah "entry" ini sebagai salah satu cadangan sahaja. Sahabat-sahabat muslimin pun boleh amalkan apa-apa yang patut. Sebelum itu, ana minta maaf sangat-sangat sekiranya ada perkataan yang tidak dapat difahami sebab sumber asalnya dalam Bahasa Indonesia. Jadi, bapak-bapak dan ibu-ibu, maafin Aula ya... ^_^


Saudariku muslimah…
Apabila tibanya bulan Ramadhan, kebanyakan individu dari setiap kamu akan bersungguh-sungguh dan bersemangat melaksanakan segala macam ibadah pada awalnya sahaja. Namun, hal ini tidaklah bertahan sehingga ke penghujungnya. Ada di antara mereka yang sibuk di dapur sepanjang hari dan ada juga yang menghabiskan waktu dengan hal-hal yang tiada gunanya. Hal ini terjadi kerana silapnya kita yang tidak merancang akan aktiviti harian kita sendiri.

Oleh itu, di sini terdapat beberapa cadangan yang boleh diamalkan bersesuaian dengan  sabda Nabi Muhammad S.A.W. (dalam hadis Ilahi)


يقول الله تعالى من تقرب إلي شبراً تقربت إليه ذراعاً ومن تقرب إلي ذراعاً تقربت إليه باعاً وإن أقبل إلي يمشي أقبلت إليه أهرول  

Maksudnya:
“Allah Ta’ala telah berfirman, Barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaKu sejauh satu jengkal maka Aku mendekatinya satu hasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan diri kepadaku satu hasta maka Aku mendekatinya satu depa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari.”Shahih [1]

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan setelah terbit fajar:

1) Mengikuti bacaan mu'azzin (azan Subuh) kemudian berdoa setelah azan.
2) Melakukan solat sunat qobliyah Subuh dua rakaat.
3) Memperbanyak doa setelah solat sunat.
4) Melakukan solat subuh dengan penuh semangat dan kekhusyukan.
5) Duduk di tempat dimana kita solat. Kemudian, berzikir pagi dan membaca Al-Quran satu juz atau lebih.
6) Solat dua raka’at setelah terbit matahari.

    Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan setelah matahari terbit:

    1) Tidur dengan mengharap pahala darinya.
    2) Pergi bekerja ataupun belajar dengan mengharapkan pahala atasnya.
    3) Memperbanyak zikir kepada Allah Ta’ala sepanjang hari.
    4) Menjauhi perbuAtan yang sia-sia serta menjaga lisan dengan tidak bergosip dan seumpama dengannya.

      Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di siang hari:

      1) Mengikuti bacaan mu'azzin (azan Zohor)kemudian berdoa setelah azan.
      2) Melakukan solat sunat rawatib sebelum zuhur (solat sunat qobliyah).
      3) Melaksanakan Solat Zohor.
      4) Melakukan solat sunat rawatib setelah Zohor.
      5) Mempersiapkan hidangan berbuka.
      6) Tidur siang (Qailulah) buat seketika dengan mengharapkan pahala atasnya.

        Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di petang hari:

        1) Mengikuti bacaan mu'azzin (azan Asar) kemudian berdoa setelahnya.
        2) Melakukan solat sunat qobliyah.
        3) Melakukan solat Asar.
        4) Membaca Al-Qur’an satu juz atau lebih.
        5) Zikir di petang hari.
        6) Menyiapkan hidangan berbuka tanpa berlebihan dan membantu ibu memasak di dapur.
        7) Memperbanyak doa sebelum berbuka.
        8) Berwudhu' dan bersiap-siap melaksanakan solat Maghrib.

          Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di saat matahari tenggelam:

          1)Berbuka puasa dengan kurma basah, kurma kering atau minum air.
          2) Mengikuti bacaan mu'azzin (azan Maghrib) kemudian berdoa (doa setelah azan).
          3) Melaksanakan solat Maghrib.
          4) Melaksanakan solat sunat rawatib (setelah solat Maghrib).
          5) Berkumpul bersama orang sekitar (keluarga, teman dll) untuk menikmati hidangan berbuka dengan penuh syukur atas nikmat Allah yang telah menyempurnakan puasanya hari ini.
          6) Bersiap-siap melaksanakan solat ‘Isya dan Tarawih di masjid (dengan syarat aman dari fitnah)dengan memperbaharui wudhu'.
          7) Jika (seorang muslimah) hendak mengerjakan solat di masjid maka janganlah ia bertabarruj (berhias) dan memakai wangi-wangian.

            Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan pada waktu Isya':

            1) Mengikuti bacaan mu'azzin (azan Isya') kemudian berdoa setelah azan.
            2) Melaksanakan solat Isya' di masjid dengan penuh semangat dan konsentrasi.
            3) Melaksanakan solat sunat rawatib.
            4) Melaksanakan solat sunat tarawih secara sempurna di masjid.
            5) Membaca Al-Quran satu juzu' atau lebih.
            6) Jika solat Tarawih telah selesai dilaksanakan, lakukan salah satu kegiatan berikut:

               > Pertemuan keluarga
               > Bersilaturrahim
               > Berbincang tentang permasalahan Ramadhan
               > Berdakwah melalui internet dan yang seumpama dengannya
               > Belajar ataupun menghafaz Al-Quran

            7) Tidur awal.

              Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di sepertiga malam terakhir:

              1) Bangun tidur sebelum terbit fajar.
              2) Melaksanakan solat Tahajud meskipun hanya dua raka’at dengan memperpanjang rukuk dan sujud dan melakukannya secara berjema’ah di masjid (dengan syarat aman dari fitnah)di sepuluh terakhir bulan Ramadhan.
              3) Membaca Al-Quran satu juz atau lebih.
              4) Mempersiapkan hidangan sahur tanpa berlebihan dengan menghadirkan niat untuk beribadah kepada Allah serta meneladani sunnah.
              5) Duduk untuk berdoa dan memperbanyak istighfar sampai azan Subuh.
                Akhir kata…
                Penuhilah hari-hari di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

                Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu berkata,

                ما ندمت على شيء ندمي على يوم غربت شمسه ، نقص فيه أجلي ولم يزدد فيه عملي

                Maksudnya:
                “Tidak ada sesuatu yang paling aku sesalkan daripada penyesalanku pada hari disaat matahari tenggelam dimana jatah umurku berkurang sementara tidak bertambah amalku”.
                (Disebutkan di “Mausu’ah ad-Difa’ ‘an Rasulillah shallallahu ‘alaihi wa sallam”, karya : Ali bin Nayif as-Syahud -ed).

                *******
                Kesimpulan: Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

                رغم أنف رجل دخل عليه شهر رمضان ثم انسلخ قبل أن يغفر له
                 
                Maksudnya:
                “Sungguh sangat terhina diri seseorang yang menjumpai bulan Ramadhan namun ia tidak diampuni tatkala bulan mulia tersebut telah berlalu.”HR. Tirmidzi [2]


                TAMBAH ILMU, TAMBAH AMAL. Wassalam...

                Sumber: 『 MUSLIMAH Center 』

                4 comments:

                1. Nice entry Cik Aula ^^, Jazakallahu Khairon Kathiro~

                  ReplyDelete
                2. utk muslimin bila pulok? huhu
                  anda seorang yg pemarah?
                  http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

                  ReplyDelete
                3. wah2, blog ana dikunjungi oleh blogger2 hebat. (segan2)maafla, lmbt m'balas ziarah kome...

                  Cik Kidal: shukron ukhti t'syg... wah2, makin maju blog kamu... :)

                  L: utk muslimin??? mike pun boleh jgk amalkan tips2 ni tapi ambil mana2 yg patutle...

                  p/s: shukron sudi ziarah blog ana yg tak seberapa ni...

                  ReplyDelete
                4. datang lagi..

                  jom berdoa?
                  http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

                  ReplyDelete

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
                 

                | A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

                Winking Line Smiley