Saturday, November 26, 2011

Selamat 3x... Eh2, selamat ke? ^_^

Sila2, jgn segan2 ye :)

Bismillahhirrahmanirrohim...

Salam Ma'al Hijrah 1433H buat ashabi muslimin dan muslimat...
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk berada di tahun baru ni. Ikut logik, umur pun dah bertambah angka. Jadi, umur ana pun dah bertambah jadi 20+++. (Huwaa, tua sudah... T_T)

*Hmm, dah lama jugak ana dok menumpang dekat bumi ALLAH ni. Apatah lagi emak abah ana... Teringat masa masih muda belia dulu. Ana pernah tanya emak...
Ana: Emak, nanti masa tahun 2020 emak dengan abah ada lagi tak masa tu? (Kebetulan masa tu dekat tv asyik uar-uarkan pasal Wawasan 2020. Wah, cibuk sungguh budak ni. Hehe)
Emak: Tahun 2020? Emak pun tak taula kak...
Ana: *Laa, kenapa mak tak tau pulak...??? ( Cakap dalam hati secara solo. :D)
Bila dah makin muda belia bertambah usia ni, ana temui jawapannya. Terima kasih emak abah menyekolahkan akak dengan ilmu-ilmu duniawi ukhrowi secukupnya. ( Ceh, ayat skema. Tapi ana memang skema pun. Menyusahkan orang ke? Sebab... Hehe, abaikan... )
Dunia pun dah makin tenat, banyak benda pelik muncul. Benda tak sepatutnya berlaku, merepek + merapu makin berleluasa. Manusia suka-suki menimbulkan kerosakan dan bersenang-lenang melakukan kemaksiatan. (Ana pun antaranya...)

Beristighfarlah dan sentiasa memohon ampun dari ALLAH selagi matahari tak terbit lagi dari barat.

>>> Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Ana ambil kesempatan ini untuk mohon ampun maaf bagi pihak diri dan keluarga atas kesalahan2 yang telah dilakukan selama ini. Sekali lagi, SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1433H DAN AMBILLAH IKTIBAR DARI SIRAH DAHULU. MAMPUKAH KITA...??? ^_^

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley