Keif halukum ashabi? Lama dah tak bertegur sapa dalam blog ni. Maaf sangat-sangat ye. Banyak kali sebenarnya rancang nak membebel dalam blog ni tapi selalu terhalang sebab sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T. yang masih menghidupkan kita semua sehingga dah beralih tahun 1433H. Tadi, belek-beleklah jugak entry-entry ana yang sebelum ni. Tiba-tiba rasa macam tak sesuai je nama blog ni Tinta-tinta Murobbiah sebab ana perasan ana banyak membebel je dalam blog ni. Pok pek sana, pok pek sini. Pok pek sesaje je keme ni ye.
Oh, sudah! Membebel dalam Bahasa Jepun pulak ye? Nak tau kali ni apa pulak sebab ana membebel? Alasan yang sama jugak seperti entry sebelum ni, Kenapa? Wajib ke...??? Mou iyo: ENOUGH...!!! Sudah-sudahlah tu nak bising-bising pasal hal ni dengan ana. Cemuihlah... Kenapa? Ana takde pun nak masuk campur hal orang lain + tak menyusahkan sesiapa pun sekiranya ana lebih memilih untuk "sendiri'. Ana bersyukur sangat-sangat ALLAH mengurniakan hidup ana sebegitu rupa. Sebab apa? ALLAH nak pelihara ana dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Kadang-kadang, ana kesal + sedih. Hina sangat ke ana di mata "mereka" ini? Penat... Sungguh, ana penat... Penat nak menghadapi orang macam ni. Penat nak bagi hujah kepada "mereka". Penat nak berdolak dalih lagi. Penat, penat sangat T_T
Tak boleh ke, letakkan diri ana di situasi Gadis A?
Sungguh, ana katakan. Ana hanya mencari kekasih untuk dijadikan SUAMI, KHALIFAH hidup ana... Jujur ana katakan, ana tak mampu nak jaga banyak hati. Apatah lagi, nak pelihara cinta. Buat masa ni, bagilah ana masa nak pelihara cinta ana kepada ALLAH, KekasihNya, emak abah, ahli keluarga ana + sahabat-sahabat ana dahulu. Tolonglah 2x, tolonglah faham. Susah sangat ke? (
APA...??? Ana takde perasaan dekat golongan Adam? Dey, siapa kata? Abah dan abang-abang ana tu bukan kaum Adam ke? Tipulah takde. SIAPA...??? Bak mai RM500, baru jawab. (
Bagilah ana peluang untuk merasa syahid di sisiNya... ALLAH...
Kesimpulan: Hidup ini punyai banyak pilihan dan semestinya setiap pilihan itu ada akibatnya yang tersendiri. Maka, di sinilah pentingnya peranan kita dalam memilih pilihan yang betul. Tanggungjawab itu ada pada diri kita. Selamat membuat pilihan :)
*Maaf sangat-sangat sekiranya entry ini mengganggu dan banyak sangat bebelan Mak Cik Aula ni. Sila sudikan diri abaikan entry ini. Shukron. Sampai di sini dahulu untuk hari ni, lepas Subuh nanti ana nak bermusafir ke Bota, Perak. Doakan ana sekeluarga selamat sampai. Assalamu'alaikum :)
No comments:
Post a Comment