Wednesday, February 8, 2012

| TRaVeLoG *1* |

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Assalamu'alaikum ashabi. Semoga sihat sentiasa di samping keluarga tercinta. Senyum sokmo deyh :) Alhamdulillah, bertemu lagi kita di dalam entry yang baru. Lama tak update blog ni. Biasalah suka sangat "menyibukkan" diri dan macam-macam hal. Travelog? Apakah itu? sejenis kuihkah? =,=" Oh, tidak sama sekali. Travelog ni tak silap ana kita menceritakan pengalaman-pengalaman yang kita dapat sepanjang kita bermusafir@ bercuti ke mana-mana (ikut apa yang ana faham).

Alhamdulillah, 22.12.2011 ALLAH telah mempertemukan tiga sahabat (ana, Huda dan Intan) untuk bersama-sama "dating" (dating halal ^_^) sambil mengembara ke tempat-tempat ciptaanNya. Pada asalnya, ingatkan "dating" kami tak jadi. Tapi tak tahulah macam mana, akhirnya jadi jugak dengan izinNya dan ana gembira sangat-sangat masa dapat berita ni. Mungkin  sebab bosan cuti lama sangat masa tu, ana pun tak jalan pi mana-mana pun (dok rumah ja). Ana tak nak cerita panjang-panjang, biarlah gambar-gambar di bawah ni menceritakan perjalanan "dating" kami. :)



"saksi"

nyum3, sedap sangat...!!!

Monday, February 6, 2012

Islamic Playboy???

Absolutely say no!
 Rasa cinta, suka, tertarik dan sebagainya adalah fitrah manusia. Sampai masa, sampai ketika, semua perasaan tersebut akan mendatangi kita. Ini normal. Allah Ta’ala menyebut dalam Surah Ali Imran ayat 14 :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

 Maksudnya: Dijadikan indah pada ( pandangan ) manusia , kecintaan kepada apa yang diingin, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan sisi Allah tempat kembali yang baik. ( Ali Imran : 14 )

Cuma, perasaan tersebut perlulah diurus sebaiknya. Bila kita gagal mengurus perasaan tersebut dengan baik, dan hanya asyik tenggelam dalam perasaan tersebut sahaja, maka timbullah pelbagai masalah kepada diri kita sendiri.

Antara contoh permasalahan yang timbul adalah istilah ‘playboy islamik’ yang agak popular di kalangan pelajar agama. Guna ayat-ayat manis, tazkirah dan sebagainya untuk tackle hati perempuan. Kemudian bila sudah dapat, ditinggalkan dan dicari pula yang lain.

Kalau kita tengok, istilah ‘playboy’ dalam takrifan barat lebih dahsyat. Bahkan ada majalah dengan nama tersebut yang isinya cukup lucah. Istilah tersebut nyata suatu istilah yang tidak baik, dan bila kita kembarkan dengan nama ‘islam’ ia dilihat cukup tidak cantik.

Apapun, cuba kita perhatikan kembali pokok permasalahan yang sebenar.

Hanya ada dua faktor lahirnya gejala tersebut.
1. Lelaki
2. Perempuan
Nampak macam simple, tapi impaknya memang parah.

Saturday, February 4, 2012

Duhai Habibi...

Ya ALLAH...

Rindu...

Rindu sangat...

Tak terkata betapa rindunya hambaMu ini,

Kepada "dia" yang Engkau ciptakan dengan penuh kesempurnaan,

Kepada "dia" yang kaya dengan kasih sayang,

Kepada "dia" yang dilimpahi kemuliaan di dunia dan akhirat,

Walau tak pernah bersua,

Walau tidak pernah bertentang mata,

Walau "dia" telah ditelan bumi,

Namun, kutahu "dia" tidak pernah luntur dalam ingatan,

Bahkan, bara semangat jihad si "dia" itu masih mekar,

Masih membara dalam diri,

Siapa?

Siapa si "dia" itu?

Saturday, January 14, 2012

Al-Quran, oh Al-Quran.....

|sampingan|

"Sayang, tengok nih. Cantiknya al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." kata Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli nih." balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan Arab. Hmm..." keluh Jamilah.

"Ala , awak bukan reti pun Bahasa Arab." jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat." tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid." sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

"Oh, baguslah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik." teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlulah beli al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik." tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak bacala." tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ar-Rahman. Ada tafsiran lagi." cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

"Ala , besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi." senyum Jamilah mengangkat bungkusan al-Quran warna ungu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya." pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut. "Sibuk jela pakcik tu." Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua." ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin." cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley