Sunday, November 27, 2011

Mou iyo...!!!


Keif halukum ashabi? Lama dah tak bertegur sapa dalam blog ni. Maaf sangat-sangat ye. Banyak kali sebenarnya rancang nak membebel dalam blog ni tapi selalu terhalang sebab sibuk dengan urusan keluarga. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T. yang masih menghidupkan kita semua sehingga dah beralih tahun 1433H. Tadi, belek-beleklah jugak entry-entry ana yang sebelum ni. Tiba-tiba rasa macam tak sesuai je nama blog ni Tinta-tinta Murobbiah sebab ana perasan ana banyak membebel je dalam blog ni. Pok pek sana, pok pek sini. Pok pek sesaje je keme ni ye. Ops, ter"speaking" Peyghok pulak. Hehe. Ate, mana idoknye. Udoh keme punya blog, sini jela keme nak pok pek pun. InshaALLAH , pok pek yang bermanfaat. InshaALLAH, ana akan sentiasa usahakan... ^_^

Mou iyo...!!!
Nanda kore?
Doshite???
Anatawa tottemo..... Grrrr...
Michi ni mayou...!!!

Oh, sudah! Membebel dalam Bahasa Jepun pulak ye? Nak tau kali ni apa pulak sebab ana membebel? Alasan yang sama jugak seperti entry sebelum ni, Kenapa? Wajib ke...??? Mou iyo: ENOUGH...!!! Sudah-sudahlah tu nak bising-bising pasal hal ni dengan ana. Cemuihlah... Kenapa? Ana takde pun nak masuk campur hal orang lain + tak menyusahkan sesiapa pun sekiranya ana lebih memilih untuk "sendiri'. Ana bersyukur sangat-sangat ALLAH mengurniakan hidup ana sebegitu rupa. Sebab apa? ALLAH nak pelihara ana dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Kadang-kadang, ana kesal + sedih. Hina sangat ke ana di mata "mereka" ini? Penat... Sungguh, ana penat... Penat nak menghadapi orang macam ni. Penat nak bagi hujah kepada "mereka". Penat nak berdolak dalih lagi. Penat, penat sangat T_T

Nasihat Luqman:

*Bersyukurlah kepada Allah, Kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tidak sesiapa yang bersyukur, Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Saturday, November 26, 2011

Selamat 3x... Eh2, selamat ke? ^_^

Sila2, jgn segan2 ye :)

Bismillahhirrahmanirrohim...

Salam Ma'al Hijrah 1433H buat ashabi muslimin dan muslimat...
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk berada di tahun baru ni. Ikut logik, umur pun dah bertambah angka. Jadi, umur ana pun dah bertambah jadi 20+++. (Huwaa, tua sudah... T_T)

*Hmm, dah lama jugak ana dok menumpang dekat bumi ALLAH ni. Apatah lagi emak abah ana... Teringat masa masih muda belia dulu. Ana pernah tanya emak...
Ana: Emak, nanti masa tahun 2020 emak dengan abah ada lagi tak masa tu? (Kebetulan masa tu dekat tv asyik uar-uarkan pasal Wawasan 2020. Wah, cibuk sungguh budak ni. Hehe)
Emak: Tahun 2020? Emak pun tak taula kak...
Ana: *Laa, kenapa mak tak tau pulak...??? ( Cakap dalam hati secara solo. :D)

Friday, November 11, 2011

Tolonglah JANGAN...!!!

Ampuni daku, ya ALLAH :(

 Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan silaturrahim.


14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

| A Caliph's Journey | Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal

Winking Line Smiley